MAJLIS PELANCARAN PERFUME KOS SERANI EDITION X MYFA SCENT
EDISI KHAS KOS SERANI BERSAMA MYFA FRAGRANCE MALAYSIA — 11 WANGIAN EKSKLUSIF KUALA LUMPUR, 21 Jun 2025 — Jenama minyak wangi tempatan yang semakin mendapat tempat di hati pengguna, Myfa Scent, kini melangkah setapak lagi dengan pelancaran Edisi Khas Kos Serani (Kos Serani Edition X Myfa Scent), menampilkan 11 haruman eksklusif yang direka khas bersama selebriti dan ikon media sosial terkenal, Kos Serani. Dengan reputasi yang kukuh melalui koleksi asal sebanyak 58 wangian berinspirasikan jenama antarabangsa, Myfa Scent terus komited menawarkan haruman tahan lama, reka bentuk botol yang menarik, dan pembungkusan premium – semuanya dengan harga berpatutan RM59 sebotol. Antara wangian eksklusif yang ditampilkan dalam Edisi Khas ini ialah: KINABALU SCENT PERSONA GLAMOUR SENSASI STAILISTA SUPERSTAR PASSION TEMPTATION GELISAH MIMPI CINDAI HERO “Kami teruja dapat bekerjasama dengan Kos Serani yang mempunyai pengaruh yang besar dan gaya tersendiri. Edisi ini bukan sahaja meraikan keunikan ...