GELARAN 'ARTIS SENDU'... APA KATA ARTIS KITA?
Gelaran 'Artis Sendu' bukan hanya digelar pada artis-artis lama...malah juga pada artis baru yang kurang menonjol atau tidak popular. Siapa yang memberi label ini dan mengapa digelar sebegitu serta apa pula pendapat artis-artis mengenai jolokan tersebut? Media Sensasi Terkini akan kupas mengenai isu ini. Isu atau jolokan 'Artis Sendu' sering dikaitkan pada artis-artis lama atau artis-artis baru yang kurang ataupun tidak muncul di Media Cetak atau Media Eletronik. Hanya kerana mereka jarang muncul dikaca tv atau dimajalah serta akhbar...lalu orang menggelarkan mereka Artis Sendu. Realitinya...ramai yang tidak tahu walaupun mereka kurang mendapat liputan di kaca tv atau majalah serta akhbar tempatan...tetapi mereka masih lagi aktif malah sebahagian dari mereka masih mendapat job yang lebat seperti Annual Dinner, Private Function serta Majlis Makan Malam... serta Majlis Amal. Jangan tidak tahu...sebahagian dari mereka yang digelar artis sendu mendapat tawaran show lebih banyak daripada artsi-artis yang sering keluar di majalah dan akhbar. Disamping itu lagu-lagu mereka masih lagi rancak dimainkan di stesen-stesen radio tempatan. Jadi wajarkah gelaran tersebut dilemparkan pada mereka tanpa kita kaji dan lihat sendiri realiti disebalik gelaran tersebut?. Minggu ini, Pocket TV dan Media Sensasi Terkini telah menjemput empat orang artis yang sangat popular di era 90an dan masih mempunyai pengikut/peminat sehingga kini tentang pendapat mereka mengenai isu atau jolokan 'Artis Sendu' ini.
Mac Ruhayu yang popular dengan lagu DITAKDIR KITA BERSAMA dan kini muncul dengan lagu terbarunya MOGA KAU MENGERTI, memberi pendapat yang beliau tidak setuju dengan gelaran Artis Sendu kerana beliau dan beberapa artis era 90an masih lagi aktif serta masih mendapat pelbagai tawaran walaupun jarang muncul di kaca TV dan majalah. Malah selepas berjaya dengan persembahan 5 Suara 90an di Kelab TUDM bulan lepas, terbaru...Mac bersama dengan beberapa artis era 90an antaranya Haslinda, Norlie Tamam dan Azman ( yang popular dengan lagu Terlena ) akan muncul di RNR BISTRO, Johor Bahru pada 24 Mac 2019 untuk majlis Makan Amal 90an. Tambah Mac lagi, beliau telah berjaya mengumpulkan Penyanyi dan Band 90an Malaysia di media sosial untuk memudahkan peminat lama mengikuti perkembangan mereka dan peminat baru pula ada tempat merujuk mengenai artsi-artis 90an. Disamping itu, persatuan ini juga dapat mengeratkan silatulrahim sesama artis 90an dan bertukar info serta tawaran show.
Menurut Azie Mustapha yang popular dengan banyak lagu antaranya PELAMIN ANGAN KU MUSNAH...semua bergantung pada usaha artis tersebut juga, tambahan lagi dengan kemunculan artis realiti dan artis media sosial, artis perlu bersikap proaktif dengan lebih aktif di Media Soasial agar peminat tahu yang mereka masih aktif dan masih ada tawaran show. Disamping itu menurut Azie yang kini muncul dengan single terbarunya bertajuk ANGAN KU TERHENTI DISINI... untuk megelakkan gelaran Artis Sendu ini terus berleluasa, kerjasama antara artis dan pihak media adalah perlu. Media perlu memberi peluang tambahan lagi jika artis ada produk terbaru. Disamping itu juga, Azie berharap agar pihak penganjur membayar bukan sebab artis kurang muncul di kaca TV dan majalah... tetapi berdasarkan bakat serta pengalaman artis tersebut.
Haslinda pula yang dulu popular dengan lagu SEHATI DAN SEJIWA yang menjadi lagu tema drama CINDERELLA kini telah muncul dengan buah tangan terbaru lagu bertajuk KU MASIH. Menurut Haslinda, kalau artis tu sendu, mengapa lagu-lagu mereka masih dimainkan saban hari distesen radio tempatan. Ini bererti peminat dan permintaan terhadap mereka masih ada, tetapi tidak diberi peluang muncul di kaca tv dan majalah serta akhbar. Kemungkinan juga ada pihak-pihak yang ingin mengundang mereka tetapi tak tahu nak cari dimana. Tetapi menurut Haslinda...itu bukan alasan kerana sekarang zaman media sosial ini, mudah sahaja mencari mereka kerana mereka juga aktif dan memuat naik gambar serta aktiviti seni dan harian.
Manakala menurut pelakon dan penyanyi yang pernah popular bersama kumpulan Primadona iaitu Norlie Tamam, berharap agar pihak media cetak dan media eletronik janganlah hanya highlight artis-artis baru sahaja, berilah peluang pada artis-artis lama selagi mereka masih aktif dan sama-sama ingin mewarnai dunia seni. Menurut anak aktor Allahyarham Tamam Idris ini, gelaran Artis Sendu itu tidak patut dilabelkan kerana ramai artis masih lagi aktif malah masih mempunyai kelompok peminat yang ramai. Norlie kini muncul dengan single PENDAM RASA.

Comments
Post a Comment