MALAYSIA CEMERLANG MENGANJURKAN PERTANDINGAN MEMANAH TRADISIONAL PERINGKAT ANTARABANGSA.
MALAYSIA MENDUNIA, DENGAN PENGANJURAN KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL ANTARABANGSA. Empat pemanah remaja berbakat akan mewakili Malaysia ke World Historical Archery Championships 2025 yang bakal berlangsung di Gyula, Hungary, dari 20 hingga 26 Ogos ini. Kejohanan bertaraf dunia itu menghimpunkan pemanah elit dari seluruh pelosok ASEAN dan menjadi medan penting menonjolkan warisan budaya melalui sukan tradisional memanah. Wakil Malaysia yang telah menjuarai Kejohanan Memanah Tradisional Antarabangsa baru-baru ini ialah Muhammad Adam Mukhriz Saipulanuar (Lelaki Cilik bawah 14 tahun), Muhammad Hifzhuddin Zaidi (Lelaki Junior 15–20 tahun), Aira Imani Muhammad Zulfadhli (Wanita Cilik bawah 14 tahun) dan Dahlia Asira Abdullah (Wanita Junior 15–20 tahun). Kejohanan tersebut turut menyaksikan penyertaan lebih 300 pemanah dari 10 negara ASEAN, termasuk wakil-wakil dari Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Jordan, India dan Hong Kong. Pemanah memperagakan pakaian tradisional negara masin...