AURUM GOLD MEREVOLUSIKAN EKOSISTEM EMAS MODEN NEGARA

Industri pelaburan dan simpanan logam berharga negara bakal berwajah baru dengan kemunculan AURUM GOLD, sebuah platform ekosistem emas moden yang membawa misi merevolusikan pasaran tempatan ke peringkat global.
AURUM GOLD menawarkan aktiviti jual beli emas biasa, malah memperkenalkan satu ekosistem menyeluruh yang menggabungkan perkhidmatan beli balik (buy back), pertukaran barang kemas (trade-in), serta perlindungan nilai aset dalam satu bumbung.
Y. M Tengku Dato' Dr. Hishamuddin Zaizi, selaku Co-Founder dan Pengerusi AURUM GOLD menegaskan bahawa jenama ini dibina atas satu prinsip paling utama iaitu kepercayaan Pelanggan.
Menerusi slogan rasmi, Built on Trust... Back by Real Gold', syarikat komited memastikan setiap transaksi disandarkan dengan Emas Fizikal yang tulen dan telus. 
Syarikat bukan sahaja menyasarkan untuk menjadi pilihan utama masyarakat Malaysia, tetapi juga mempunyai pelan perancangan strategik untuk mengembangkan sayap perniagaan ke peringkat Antarabangsa.
Siri Jelajah dan pengenalan platform ini dijangka akan dipergiatkan dalam masa terdekat, bagi memberi peluang kepada masyarakat memahami kepentingan perlindungan aset melalui ekosistem emas moden yang di perkenalkan oleh AURUM GOLD.

#AURUMGOLD
#Emas
#EkosistemEmasModen a

Comments

Popular posts from this blog

DUA JUARA DARI SEMPORNA, SABAH DI PENCARIAN 'AKU MODEL KRAF' SEMPENA ASEAN ARTS & CRAFTS BAZAAR

KISAH UNIK DAN SUKA DUKA MENGENAI CABARAN 10 TAHUN #10YEARSCHALLANGE