Posts

Showing posts from January, 2019

PERTUNJUKKAN FESYEN DAN PERSEMBAHAN BAKAT DARI MISS & MRS.CHIPOA 2019

Image
  Baru-baru ini telah berlangsung Pertunjukkan Fesyen dan Persembahan Bakat dari peserta Miss & Mrs.Chipao 2019. Acara yang telah berlangsung di ruang legar Da Men Mall, Subang itu telah disaksikan oleh ramai pengunjung. Majlis ini dianjurkan oleh MMK serta dihadiri oleh Pengasas MMK iaitu Dr.Jason Hee berserta tetamu kehormat. Selain menyaksikan bakat-bakat istimewa dari peserta, majlis ini juga bersesuaian dengan suasana ketibaan perayaan tahun baru Cina yang bakal disambut oleh rakyat Malaysia pada 5 & 6 Febuari nanti. Selain itu, majlis turut diserikan dengan pertunjukkan fesyen yang turut diserikan oleh saudari Wawi iaitu pemenang Mrs.Malaysia Kebaya 2018 yang juga sebagai salah seorang Juri pada majlis tersebut. Ketika ditemui dimajlis tersebut, Pengasas MMK iaitu Dr.Jason Hee melahirkan rasa terharu dan gembira dengan sokongan kerajaan khususnya dari pihak Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya Malaysia kerana menyokong sepenuhnya usaha MMK selama ini. Dr.Jason j...

KISAH UNIK DAN SUKA DUKA MENGENAI CABARAN 10 TAHUN #10YEARSCHALLANGE

Image
YASIR MANSOR, SELEBRITI DAN PESONALITI TV3 DAN JUGA PENGASAS PRODUK KESIHATAN ALJAWLA INI MASIH KEKAL MUDA SEOLAH TIDAK BERUBAH DARI 10 TAHUN LALU   Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai 10 Years Challange dan menjadi viral bila mana ramai yang menyahut cabaran dengan memuat naik photo masing-masing di media sosial mengenai perubahan sebelum dan selepas atau pun perbezaan wajah/fizikal/penampilan pada tahun 2009 dengan 2019. Disamping kehangatan dan sambutan ramai mengenai cabaran tersebut...tiba-tiba pula muncul berita yang mengatakan #10YearsChallange itu haram dan mengikut cara Yahudi. Namun begitu, ramai yang sedia maklum bahawa berita tersebut palsu dan semata-mata tidak senang dengan sambutan mengenai cabaran tersebut. Pada Media Sensasi Terkini, Cabaran 10 tahun ini sangat unik, kerana ianya bukan sahaja memberi inspirasi pada orang lain...malahan juga ianya mempengaruhi gaya hidup dan cara pemakaian serta budaya menjaga penampilan. Bayangkan ada yang dari kurus ...

MAJLIS MAKAN MALAM MBMUAA KE 7 - THE GREAT GATSBY NIGHT

Image
 Persatuan Mekap Artis Bumiputera Malaysia atau singkatannya MBMUAA telah menganjurkan Majlis Makan Malam yang ke 7 baru-baru ini di Hotel De Palma, Shah Alam. Majlis yang bertemakan The Great Gatsby Night itu telah berjaya menghimpunkan Jurusolek-Jurusolek dari segenap pelusuk antaranya dari Johor, Sabah, serta negeri-negeri lain termasuk juga yang menetap di Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahgia Dato Zulfikri Bin Osman, iaitu Timbalan Ketua Pengarah ( Sektor Usahawan ) MARA. Pada majlis itu, Presiden MBMUAA iaitu Puan Rosnawati Salleh menjelaskan objektif penubuhan persatuan yang telah ditubuhkan pada 4 Jun 2015 adalah bertujuan untuk membimbing Jurusolek bumiputera Malaysia khususnya agar lebih berdaya saing. Selain itu juga sebagai pautan yang bernilai bagi jurusolek-jurusolek yang bertauliah dan membantu menyediakan akses kepada peluang pembelajaran solekan dan perniagaan yang dicipta khusus bagi industri solekan. Selain dihadiri oleh ahli-a...