PERTUNJUKKAN FESYEN DAN PERSEMBAHAN BAKAT DARI MISS & MRS.CHIPOA 2019

 Baru-baru ini telah berlangsung Pertunjukkan Fesyen dan Persembahan Bakat dari peserta Miss & Mrs.Chipao 2019. Acara yang telah berlangsung di ruang legar Da Men Mall, Subang itu telah disaksikan oleh ramai pengunjung. Majlis ini dianjurkan oleh MMK serta dihadiri oleh Pengasas MMK iaitu Dr.Jason Hee berserta tetamu kehormat. Selain menyaksikan bakat-bakat istimewa dari peserta, majlis ini juga bersesuaian dengan suasana ketibaan perayaan tahun baru Cina yang bakal disambut oleh rakyat Malaysia pada 5 & 6 Febuari nanti. Selain itu, majlis turut diserikan dengan pertunjukkan fesyen yang turut diserikan oleh saudari Wawi iaitu pemenang Mrs.Malaysia Kebaya 2018 yang juga sebagai salah seorang Juri pada majlis tersebut. Ketika ditemui dimajlis tersebut, Pengasas MMK iaitu Dr.Jason Hee melahirkan rasa terharu dan gembira dengan sokongan kerajaan khususnya dari pihak Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya Malaysia kerana menyokong sepenuhnya usaha MMK selama ini. Dr.Jason juga tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih selepas menerima surat dari pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang telah memberi surat kelulusan dan sokongan pada pihak MMK menganjurkan pertandingan Miss & Mrs.Kebaya peringkat antarabangsa.









Comments

Popular posts from this blog

KISAH UNIK DAN SUKA DUKA MENGENAI CABARAN 10 TAHUN #10YEARSCHALLANGE

WAJAH-WAJAH MISTER GLOBAL MALAYSIA SEBELUM INI 2014-2018

MAJLIS MAKAN MALAM MBMUAA KE 7 - THE GREAT GATSBY NIGHT