KEDAI EMAS SRI SEMANTAN LEBARKAN SAYAP RASMIKAN CAWANGAN KE-21 DI NILAI, UTAMAKAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT TENTANG KESTABILAN EMAS DAN DIDIK MASYARAKAT CELIK EMAS.
9 OGOS 2026, NILAI, NEGERI SEMBILAN –
Kedai Emas Sri Semantan (KESS) secara rasmi telah membuka cawangan ke-21 mereka di Nilai hari ini, sekaligus menandakan satu lagi pencapaian penting dalam sejarah perkembangan perniagaan syarikat berkenaan. Majlis pelancaran dan perasmian tersebut dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi KESS, rakan strategik, kakitangan setia, serta para tetamu kehormat. Pengerusi Eksekutif Kedai Emas Sri Semantan Sdn. Bhd, Mohamad Hafizal Hj. Mahmood dalam ucapan perasmiannya melahirkan rasa syukur dan terharu atas pembukaan cawangan baharu itu yang disifatkan sebagai penuh bermakna. Menurut beliau, kejayaan ini adalah hasil daripada doa, usaha berterusan, kesabaran, serta keyakinan yang tidak pernah pudar daripada semua pihak yang terlibat.
"Sesungguhnya, apa yang kita saksikan hari ini bukanlah sekadar pembukaan sebuah kedai. Ia adalah simbol perjuangan, simbol kepercayaan, dan simbol harapan," katanya ketika berucap pada majlis tersebut. Tambah beliau lagi, pembukaan cawangan ini juga membawa misi penting dalam mendidik masyarakat tentang kepentingan perancangan kewangan yang kukuh.
Beliau menekankan bahawa persepsi masyarakat terhadap emas perlu berubah, dimana logam istimewa itu tidak seharusnya dilihat sebagai perhiasan semata-mata, tetapi juga sebagai pelindung nilai dan warisan masa hadapan yang amat berharga. Majlis perasmian cawangan ke-21 di Nilai ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada para hadirin yang hadir.
Pemilik Kedai Emas Sri Semantan itu menzahirkan rasa terharu dan memberi penghargaan yang mendalam ke atas sokongan luar biasa yang diterima daripada ahli-ahli serta masyarakat umum sejak penubuhannya.
Mohamad Hafizal berkata lagi, elemen 'kepercayaan' menjadi tunjang utama dan kekuatan syarikat untuk terus melangkah ke hadapan, meskipun pernah berhadapan dengan pelbagai ujian, keraguan dan cabaran sebelum ini. Menurutnya lagi, perkembangan pesat pembukaan cawangan baharu Kedai Emas Sri Semantan bukanlah bertujuan untuk berlumba-lumba atau bersaing dengan pihak lain. Sebaliknya, langkah ekspansi tersebut didorong oleh rasa tanggungjawab yang besar untuk menyampaikan kesedaran tentang kepentingan emas kepada orang ramai.
"Tanggungjawab kami adalah untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia memahami bahawa emas adalah aset sebenar yang mampu menjadi benteng ketika waktu sukar dan sandaran untuk masa hadapan," katanya lagi.
Tambahnya lagi, pihak syarikat percaya bahawa amalan menyimpan emas perlulah dilakukan dengan ilmu dan kefahaman yang betul. Melalui pendekatan tersebut, institusi berkenaan yakin para penyimpan bukan sekadar menyimpan nilai, tetapi turut membina ketenangan, keyakinan serta masa depan yang lebih jamin untuk keluarga mereka. Mengulas lanjut, pihak Kedai Emas Sri Semantan mengakui bahawa perjalanan syarikat sehingga ke tahap hari ini tidak akan mampu dicapai tanpa sokongan padu daripada semua pihak. Sehubungan itu, mereka mengajak seluruh ahli, rakan niaga dan masyarakat untuk terus bersama-sama menyokong serta menyebarkan kesedaran murni ini kepada lebih ramai insan.
#KedaiEmasSriSemantan #KESS #KESSNilai #Viral #Fyp #fypViral #Nilai #KedaiEmasSriSemantanNilai
Comments
Post a Comment