MIBS 2026: Lebih 2 Dekad Penganjurannya, Kekal Unggul dan Menjadi Platform Utama Hubungkan Usahawan Rantau Asia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), 3-5 Desember 2026.
KUALA LUMPUR, 29 September 2026 — Pameran Jenama Antarabangsa Malaysia ke-21 (MIBS 2026) kekal sebagai Acara Pameran terunggul di Malaysia, kembali lagi setelah lebih 2 dekad menjadi penghubung utama para Peniaga dan Usahawan Rantau Asia memperkenalkan produk dan khidmat masing-masing, sambil memantapkan Jenama para Usahawan rantau ini. MIBS 2026 akan dilangsungkan dari 3 hingga 5 Disember 2026, bermula jam 10:00 pagi hingga 6:00 petang, bertempat di Dewan 2, 3, 4 dan 5, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). MIBS 2026 dianjurkan secara bersama oleh Malaysia Promas International Business Society (PROMAS) dan Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM), dengan sokongan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), di samping sokongan daripada 60 persatuan perdagangan dan organisasi perniagaan tempatan mahupun antarabangsa. Pameran ini diuruskan dan diselaraskan sepenuhnya oleh ES Internatio...