Posts

Showing posts from March, 2019

BERBUKA PUASA DI THE PEARL KUALA LUMPUR DENGAN SAJIAN WARISAN NUSANTARA

Image
Baru-baru ini hotel The Pearl Kuala Lumpur telah mengadakan majlis memperkenalkan sajian berbuka puasa dengan menjemput para Wartawan, Blogger, Artis dan Selebriti untuk merasa sendiri hidangan atau menu yang ditawarkan bersempena kehadiran Ramadan tahun 2019 ini. Seperti juga temanya, Sajian Warisan Nusantara menawarkan hidangan yang lazat dari menu Nusantara. Dari Kambing Golek ke Makanan Lambak, ke Makanan Laut juga ke Satay seterusnya makanan pencuci mulut, kuh-muih serta buah-buahan yang pasti membuat selera anda meronta-ronta ingin mencuba. Apa yang pasti, Sajian Warisan Nusantara menjanjikan kepuasan yang tidak terhingga dengan lebih 100 juadah yang dihidangkan. Bufet Ramadan Sajian warisan Nusantara ini akan bermula dari 10 Mei 2019 sehingga 2 Jun 2019 setiap hari dari 6.30 petang hingga 10 malam di tingkat 5 The Pearl Kuala Lumpur. Bayaran hanya RM72+ bagi Dewasa dan RM35+ bagi kanak-kanak ( 5-12 tahun ). Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi talian 016-331 9375 atau 0...

MAJLIS PELANCARAN NUFINITY... PRODUK KELUARAN APEX BIOCARE MALAYSIA SDN.BHD.

Image
  27 March 2019, Kuala Lumpur.  Apex Biocare semalam telah memperkenalkan sunblock whitening yang boleh dimakan dan yang pertama di Malaysia. NuFinity putih 100% semulajadi dengan formula lengkap untuk pemutihan kulit, perlindungan penuaan yang disebabkan oleh cahaya matahari dan penyembuhan kulit .  Nufinity White dicipta dan dihasilkan oleh Apex Biocare yang bertujuan untuk menjadi peneraju global dalam pasaran makanan dan kesihatan suplemen kesihatan dan untuk menyumbang dalam meningkatkan kualiti hidup bagi mereka yang menikmati manfaat gaya hidup aktif dan diet yang sihat.  " Visi Apex Biocare adalah untuk terus menjadi peneraju inovasi bagi makanan nutrisi dan pembekalan kesihatan dengan pelbagai produk yang dikaji dengan teliti untuk memenuhi keperluan pengguna hari ini. Kami ingin melihat sumbangan kami dalam meningkatkan kualiti hidup mereka yang menikmati manfaat gaya hidup aktif dan pemakanan yang sihat " kata Kristecn Lim, Pengurus Besar Apex Biocar...

BERBUKA PUASA DI RESTORAN REBUNG BERTEMAKAN NOSTALGIA SAJIAN DESA

Image
  Baru-baru ini telah berlangsung majlis memperkenalkan Bufet Ramadan di Restoran Rebung yang bertemakan NOSTALGIA SAJIAN DESA. Tetamu bukan sahaja dijamu dengn pelbagai hidangan yang lazat, tetapi juga dengan dekorasi yang bersuasanakan desa membuat tetamu benar-benar digamit nostalgia. Seperti biasa Dato Chef Ismail melayan tetamu dengan mesra dan seperti semua sedia maklum, jika Dato Chef Ismail membuat sesuatu majlis...pasti ramai Artis, Selebriti dan wartawan memberi sokongan. Disamping menjamu selera, para tetamu dihiburkan dengan persembahan kumpulan Ghazal Sri Nuansa. Pada malam itu, Dato Chef Ismail turut menyanyi dan menari membuatkan para tetamu merasa sungguh terhibur.   Pada yang berkira-kira dan merancang membawa keluarga atau orang yang tersayang, mahupun rakan-rakan...pastinya Restoran Rebung destinasi berbuka puasa yang harus ada didalam senarai teratas anda. Restoran Rebung menyediakan lebih daripada 90 jenis makanan untuk santapan berbuka puasa. Bermul...

CINTA RASA 13 NEGERI ...DESTINASI BERBUKA PUASA YANG HARUS ANDA KUNJUNGI

Image
 Bertepatan dengan kedudukannya di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur dan juga di Pusat Pelancongan Malaysia....THE LOVE for MALAYSIA @ MaTiC adalah singgahan destinasi berbuka puasa yang harus anda tuju. Bersempena dengan ketibaan Ramadan tahun ini The Love for Malaysia @ Matic menawarkan Bufet Ramadan yang istimewa dan pastinya menggamit memori anda kerana persembahan menunya yang bernuansakan gabungan hidangan tradisional yang penuh nostalgia. Bufet Ramadan yang bertemakan CINTA RASA 13 NEGERI ini akan bermula dari 8 Mei hingga 2 Jun 2019 ( bersamaan  dengan 3 Ramadan 1440 hingga 28 Ramadan 1440 ). Semasa berucap memberi kata-kata aluan kepada para Media, Dato' Norashikin Hj. Shahrom juga turut menyeru tetamu dari bangsa dan agama lain untuk mencuba juadah CINTA RASA 13 NEGERI ini kerana menu yang ditawarkan adalah makanan kegemaran seluruh rakyat  Malaysia. Sementara itu, Chef Eksekutif Ku Jamaluddin pula berkata, "pengunjung tidak harus melepaskan peluang untuk ...