BERBUKA PUASA DI THE PEARL KUALA LUMPUR DENGAN SAJIAN WARISAN NUSANTARA

Baru-baru ini hotel The Pearl Kuala Lumpur telah mengadakan majlis memperkenalkan sajian berbuka puasa dengan menjemput para Wartawan, Blogger, Artis dan Selebriti untuk merasa sendiri hidangan atau menu yang ditawarkan bersempena kehadiran Ramadan tahun 2019 ini. Seperti juga temanya, Sajian Warisan Nusantara menawarkan hidangan yang lazat dari menu Nusantara. Dari Kambing Golek ke Makanan Lambak, ke Makanan Laut juga ke Satay seterusnya makanan pencuci mulut, kuh-muih serta buah-buahan yang pasti membuat selera anda meronta-ronta ingin mencuba. Apa yang pasti, Sajian Warisan Nusantara menjanjikan kepuasan yang tidak terhingga dengan lebih 100 juadah yang dihidangkan. Bufet Ramadan Sajian warisan Nusantara ini akan bermula dari 10 Mei 2019 sehingga 2 Jun 2019 setiap hari dari 6.30 petang hingga 10 malam di tingkat 5 The Pearl Kuala Lumpur. Bayaran hanya RM72+ bagi Dewasa dan RM35+ bagi kanak-kanak ( 5-12 tahun ). Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi talian 016-331 9375 atau 03-7983 1111, sambungan 8945 / 3205.

PELBAGAI JENIS IKAN YANG DIPERAP DENGAN SEMPURNA

KAMBING GOLEK YANG PASTINYA MENJADI TUMPUAN

ANTARA BUAH-BUAHAN SEGAR

ANEKA MAKANAN LAUT YANG HARUS ANDA CUBA

PELBAGAI JENIS LAUK-PAUK YANG MENYELERAKAN

KURMA DAN BUAH-BUAHAN KERING MENANTI ANDA

HIMPUNAN KUIH-KUIH MELAYU YANG MENGGODA SELERA ANDA

ANTARA PENCUCI MULUT YANG BERBAGAI WARNA DAN RASA

KHAS UNTUK PENGGEMAR KEK...STESEN INI HARUS ANDA SINGGAHI

PELBAGAI JENIS KUIH RAYA TERMASUK DODOL TURUT TERSEDIA

SUASANA DI TINGKAT 5, THE PEARL KUALA LUMPUR

ARTIKEL OLEH : FILOZ ANDY
PHOTO OLEH     : DANKERINA & KOS SERANI

Comments

  1. poker online dengan pelayanan CS yang baik dan ramah hanya di AJOQQ :D
    ayo di kunjungi agen AJOQQ :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KISAH UNIK DAN SUKA DUKA MENGENAI CABARAN 10 TAHUN #10YEARSCHALLANGE

WAJAH-WAJAH MISTER GLOBAL MALAYSIA SEBELUM INI 2014-2018

MAJLIS MAKAN MALAM MBMUAA KE 7 - THE GREAT GATSBY NIGHT