SEBELUMNYA KRIK...KRIK, TAPI SELEPAS MENYERLAH TIAP MINGGU DI BIG STAGE, RAMAI MAHU TAJA PAKAIAN UNTUK HAN BYUL
Sebelumnya tidak ramai peminat Malaysia yang mengenali figura bernama Han-Byul ini walaupun beliau telah mencipta nama di Korea sebagai Penyanyi yang berpotensi besar. Bila beliau tiba di Malaysia kerana terpilih dalam rancangan Big Stage, masih ramai yang tidak tahu siapakah pemuda kacak dan tinggi lampai ini, tambahan pula pihak pengurusannya merahsiakan penglibatan beliau didalam pertandingan BBNU itu kerana belum diumumkan lagi secara rasmi dalam sidang akhbar. Mengimbas kembali kisah seminggu sebelum pengumuman Big Stage musim ke2, Pengurus atau koordinator Han-Byul di Malaysia iaitu Hyunmin Ajieb telah meminta pereka fesyen tempatan iaitu Kos Serani untuk mencarikan 3 orang Pereka Fesyen untuk fotografi khas Han-Byul sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang akan disiarkan di majalah EH. Setelah menghubungi beberapa Pereka Fesyen, tapi respond dari mereka krik...krik kerana tidak mengenali figura tersebut dan ada yang beri alasan susah membuat baju tema kemerdekaa...