SEBELUMNYA KRIK...KRIK, TAPI SELEPAS MENYERLAH TIAP MINGGU DI BIG STAGE, RAMAI MAHU TAJA PAKAIAN UNTUK HAN BYUL

 Sebelumnya tidak ramai peminat Malaysia yang mengenali figura bernama Han-Byul ini walaupun beliau telah mencipta nama di Korea sebagai Penyanyi yang berpotensi besar. Bila beliau tiba di Malaysia kerana terpilih dalam rancangan Big Stage, masih ramai yang tidak tahu siapakah pemuda kacak dan tinggi lampai ini, tambahan pula pihak pengurusannya merahsiakan penglibatan beliau didalam pertandingan BBNU itu kerana belum diumumkan lagi secara rasmi dalam sidang akhbar.

Mengimbas kembali kisah seminggu sebelum pengumuman Big Stage musim ke2, Pengurus atau koordinator Han-Byul di Malaysia iaitu Hyunmin Ajieb telah meminta pereka fesyen tempatan iaitu Kos Serani untuk mencarikan 3 orang Pereka Fesyen untuk fotografi khas Han-Byul sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang akan disiarkan di majalah EH. Setelah menghubungi beberapa Pereka Fesyen, tapi respond dari mereka krik...krik kerana tidak mengenali figura tersebut dan ada yang beri alasan susah membuat baju tema kemerdekaan kerana selepas itu tiada yang akan beli baju tersebut. Oleh kerana masa semakin suntuk dan hanya dapat 2 orang Pereka Fesyen, lalu Kos Serani membuat baju mengikut tema yang dikehendaki walaupun terpaksa menggunakan mesin jahit mini yang tidak sesuai untuk jahitan berat.

Walaupun dengan masa yang tinggal 2 hari dan mesin jahit mini yang meragam, akhirnya siap juga dua baju dan baju selebihnya dari 2 orang Pereka Fesyen lain. Kini keadaan berbeza setelah Han-Byul menunjukkan persembahan yang cemerlang setiap minggu dengan markah yang tinggi setiap minggu, tiba-tiba ramai pula yang berebut menawarkan baju buat beliau pakai semasa membuat persembahan di pentas besar iaitu Big Stage. Ramai yang meramalkan Han-Byul akan melangkah ke pentas akhir dan bakal menggengam nombor 3 tertinggi difinal nanti. Media Sensasi Terkini doakan ramalan ini menjadi kenyataan.
 HAN-BYUL BERSIAP SEBELUM FOTOGRAFI BERMULA
 KAIN BENDERA YANG DIPOTONG UNTUK DIJADIKAN JAKET MODEN
 BEBERAPA POSE MENARIK DARI HAN-BYUL SEMASA FOTOGRAFI
 BAHAGIAN TANGAN KERATAN KAIN BENDERA
 INILAH MESIN JAHIT MINI YANG HANYA SESUAI UNTUK JAHITAN RINGKAS
 ANTARA PAKAIAN YANG DIREKA OLEH KOS SERANI UNTUK HAN-BYUL

Comments

Popular posts from this blog

KISAH UNIK DAN SUKA DUKA MENGENAI CABARAN 10 TAHUN #10YEARSCHALLANGE

WAJAH-WAJAH MISTER GLOBAL MALAYSIA SEBELUM INI 2014-2018

MAJLIS MAKAN MALAM MBMUAA KE 7 - THE GREAT GATSBY NIGHT