Posts

Showing posts from October, 2019

SATU LAGI KONSERT PECAH PANGGUNG BUAH TANGAN RASHIDAH ALI... KONSERT MINGGU INI RUFFEDGE & 4U2C

Image
Hebat dan penuh nostalgia, itulah gambaran yang disimpulkan usai Konsert Minggu Ini Ruffedge dan 4U2C yang telah berlangsung malam minggu lalu. Satu lagi taruhan terbaru TV2 RTM selepas kejayaan Konsert Minggu Ini 3 Diva 3.0. Mulanya dirancang untuk rakaman sahaja tetapi pihak penerbit mengambil risiko berani dengan menyiarkannya secara langsung. Tidak keterlaluan jika diandaikan konsert kali ini bakal tercalon sekali lagi itu Rancangan Hiburan Terbaik.  Tirai Konsert Minggu Ini dibuka dengan lagu yang mengujakan persembahan secara 'battle' Ruffedge dengan lagu Da Bomb dan 4U2C pula dengan lagu Apo Kono Eh Jang. Pembukaan yang tepat untuk membangkitkan adrenalin penonton yang turut menyanyi dan bergoyang sama. Selepas itu kumpulan Ruffedge menguasai pentas dengan beberapa rangkaian lagu-lagu popular mereka. Nampaknya kumpulan Ruffedge pandai memancing peminat dengan pilihan lagu-lagu popular mereka untuk penonton terus turut menyanyi dan bergoyang sama. Mereka juga mengajak ...

FOUNDER PRODUK KECANTIKAN ANTARA YANG LAYAK KE FINAL WANGSA WALK GOT TALENT

Image
 Sabtu lalu telah berlangsung ujibakat peringkat pertama Wangsa Walk Got Talent yang telah berlangsung di pusat membeli belah Wangsa Walk. Ujibakat ini telah dihadiri oleh ramai yang ingin menunjukkan bakat masing-masing. Uniknya ujibakat ini bukan sahaja dihadiri oleh kaum Melayu malah peserta Cina dan India. Ini menunjukkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Selain peserta dari Kuala Lumpur dan Selangor, ada juga yang datang dari jauh antaranya Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu. Menariknya bukan sahaja peserta yang berjaya lepas ke final merasa gembira, tetapi yang tidak berjaya turut gembira kerana mereka mendapat komen dan panduan serta ilmu dari Juri untuk memperbaiki kelemahan masing-masing. Wangsa Walk Got Talent ini dibawakan oleh Wangsa Walk Shopping Mall dan Abyakta Mandaka serta MCL Land juga penaja bersama LT Pro, U Optics, Elegant Boutique & Bridal. Pada yang terlepas peluang ke ujibakat yang lalu, pastikan anda bersiap sedia kerana akan di...