FOUNDER PRODUK KECANTIKAN ANTARA YANG LAYAK KE FINAL WANGSA WALK GOT TALENT
Sabtu lalu telah berlangsung ujibakat peringkat pertama Wangsa Walk Got Talent yang telah berlangsung di pusat membeli belah Wangsa Walk. Ujibakat ini telah dihadiri oleh ramai yang ingin menunjukkan bakat masing-masing. Uniknya ujibakat ini bukan sahaja dihadiri oleh kaum Melayu malah peserta Cina dan India. Ini menunjukkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Selain peserta dari Kuala Lumpur dan Selangor, ada juga yang datang dari jauh antaranya Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu. Menariknya bukan sahaja peserta yang berjaya lepas ke final merasa gembira, tetapi yang tidak berjaya turut gembira kerana mereka mendapat komen dan panduan serta ilmu dari Juri untuk memperbaiki kelemahan masing-masing. Wangsa Walk Got Talent ini dibawakan oleh Wangsa Walk Shopping Mall dan Abyakta Mandaka serta MCL Land juga penaja bersama LT Pro, U Optics, Elegant Boutique & Bridal.
Pada yang terlepas peluang ke ujibakat yang lalu, pastikan anda bersiap sedia kerana akan diadakan ujibakat kedua ( terakhir ) dan peringkat akhir Wangsa Walk Got Talent ini akan berlangsung pada 23 November dimana selain pertandingan tersebut, akan diadakan juga Pertunjukan Fesyen, Persembahan Nyanyian dari artis-artis tempatan serta Lelongan Amal Artis/Selebriti dan Pereka Fesyen terkenal yang terdiri dari pakaian prelove, barangan hiasan dan lukisan. Orang ramai dijemput datang dan masuk adalah percuma. Jangan lepaskan peluang berhibur sambil beramal serta bertemu dengan artis kesayangan anda.
SEBAHAGIAN PESERTA YANG LAYAK KE PERINGKAT AKHIR BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA JURI DAN EMCEE
FOUNDER PRODUK MOHD HASRUL HASSAN PEMILIK PERFECT SKINZ GOLD ANTARA YANG BERJAYA KE PRINGKAT AKHIR WANGSA WALK GOT TALENT
BARISAN JURI YANG MEMPUNYAI PENGALAMAN MASING-MASING TERDIRI DARI LUCKY JO, KOS SERANI DAN PRINCE SYED SHAHID
PESERTA BERBANGSA CINA YANG TERUJA BERGAMBAR DENGAN JURI
ANTARA PESERTA YANG MENANTI GILIRAN
ANTARA PENONTON DAN PENYOKONG SERTA PESERTA YANG DATANG
Comments
Post a Comment