Posts

Showing posts from December, 2019

PESONA NUSANTARA DAN RATU & RAJA SEHARI BERLANGSUNG DENGAN PENUH MERIAH DAN BERWARNA-WARNI

Image
  Ahad lalu telah berlangsung pertandingan Pesona Nusantara dan Ratu & Raja Sehari yang telah berlangsung di Taman Mini Malaysia & Taman Asean, Ayer Keroh, Melaka. Pertandingan ini dianjurkan oleh Abyakta Mandaka dengan sokongan dari Malay World Cultural Paradise (MWCP), BYDHIA, LT PRO dan lain-lain lagi. Pertandingan ini mempertandingankan kategori cilik, kategori lelaki, kategori wanita, kategori pereka fesyen dan juga kategori jurusolek. Pertandingan ini berlangsung dengan penuh warna-warni dan meriah. Acara pertandingan diselang-selikan dengan persembahan tarian oleh penari-penari dari Malay World Cultural Paradise. Noraniza Idris dan suami iaitu peneraju MWCP, telah diberi penghormatan menyampaikan hadiah pada para pemenang dan peserta yang lain. Tema dan konsep pertandingan begini sangat menarik dan dapat memperkasakan seni dan budaya cuma ada sedikit penambah baikan perlu untuk masa akan datang. Menariknya, pada hujung pertandingan...para peserta dan penonton diaj...

MUHAMMAD HAZIM KAREM DINOBATKAN JUARA MR.NATIVE BORNEO 2019

Image
Muhammad Hazim Karem telah dinobatkan sebagai Juara pertandingan Mr.Native Borneo 2019 yang telah berlangsung di Ming Garden Hotel & Residence, Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini. Pertandingan yang disertai oleh 32 orang finalis itu yang terdiri dari warga Borneo iaitu dari Sabah dan Sarawak. Ketika ditemubual oleh wakil Media Sensasi Terkini, tentang perasaannya bila dinobatkan sebagai Juara, pemuda yang lebih mesra disapa sebagai Hazim ini menyatakan dia merasa gembira dan bersyukur kepada Tuhan kerana usaha dan kerja kerasnya selama ini telah mendatangkan hasil. Beliau tidak menjangka menjadi Juara kerana yang tersenarai dalam kelompok TOP 16 semuanya hebat-hebat belaka. Ketika ditanya mengenai persediaan sebelum pertandingan, pemuda yang bertugas sebagai Pramugara di Air Asia ini mengakui agak mencabar kerana jadual kerja yang padat dan hanya ada 2 bulan sahaja untuk betul-betul fokus dalam membuat persediaan. Diakhir temubual bersama wakil Media Sensasi Terkini, Ajim tidak l...

PENYANYI ERA 90an MEMERIAHKAN CELEBRITY CORNER WARUNG ZAIN KILAUAN EMAS

Image
Bukan senang untuk menghimpunkan artis-artis dalam satu masa kerana masing-masing mempunyai komitmen dan jadual show yang berlainan. Namun begitu ahad lalu beberapa orang Penyanyi era 90an telah bersatu hati memeriahkan Celebrity Corner Warung Zain Kilauan Emas yang juga dikenali sebagai Renggo Arrow. Premis yang terletak di Puchong Permai itu full house dengan kehadiran Artis-artis dan pelanggan. Antara artis 90an yang turun padang pada malam tersebut adalah Mac Ruhayu, Shasha, Zura Shamsir, Poey Stings, Hasnol, Aan Ways, dan pastinya tuan rumah sendiri iaitu Zain Kilauan Emas. Menurut Mac Ruhayu selaku orang kuat group FB Penyanyi dan Band Artis 90an Malaysia...idea asalnya cuma borak-borak santai dengan Ery untuk membantu memeriahkan dan mempromosikan perniagaan rakan-rakan artis. Idea itu pula dipanjangkan oleh Ery dengan mengajak artis-artis yang ada kelapangan pada hari ahad tersebut. Menurut Mac Ruhayu lagi, aktiviti ini akan diteruskan ke premis atau show rakan-rakan artis y...

SANTAI BERSAMA ARTIS-ARTIS 80an & 90an DI CELEBRITY CORNER RENGGO ARROW

Image
Ahad nanti 8 December 2019 tepat pukul 8 malam... beberapa Artis 80an & 90an akan berkumpul secara santai di Celebrity Corner iaitu di Warung Zain Kilauan Emas yang berlokasi di Puchong Permai. Perhimpunan itu adalah untuk mengeratkan silatulrahim dan bertukar-tukar khabar selain itu yang paling penting untuk menyokong dan memeriahkan perniagaan rakan artis di Celebrity Corner itu. Antara artis yang telah setuju untuk hadir adalah Mac Ruhayu, Azura Aziz, Shasha, Hairee Kool GV, Adilla, Zura Shamsir, Aan Ways, Hasnol GV, Asha Malik dan Gmie Screen GV. Kemungkinan akan ada lagi beberapa artis yang akan turut serta dan majlis ini mengalu-alukan penyertaan dan kehadiran semua. Pastinya para peminat yang ingin datang bertemu dan bergambar dengan artis-artis lagenda adalah dialu-alukan tapi sokonglah dengan memesan makanan dan minuman disitu. Semoga majlis santai ini akan berhasil dengan niat rakan-rakan artis. SENSASI TV dan MEDIA SENSASI TERKINI serta Media yang lain pun akan in...

MISS & MRS MILLENNIUM UNIVERSE BERLANGSUNG DENGAN MERIAH DAN MEGAH

Image
  Sabtu lalu telah berlangsung pertandingan yang sangat berprestij iaitu Miss & Mrs.Millennium Universe yang diadakan di Amerald Resort Hotel, Johor. Pertandingan yang dibahagikan pada dua kategori ini juga menyediakan pelbagai Anugerah. Untuk kategori Miss para finalis tampil dengan 2 persalinan iaitu Casual dan Evening Gown, manakala untuk katergori Mrs pula para finalis tampil dengan National Costume dan Evening Gown. Sebelum itu para finalis terlibat dalam pelbagai aktiviti yang disediakan antaranya, aktiviti sukan, photoshoot, projek amal dan lain-lain lagi dimana ada diantara aktiviti ini peserta diberi penilaian dan markah. Para finalis dan deligasi serta Media telah berkampung di Amerald Resort Hotel bermula pada 27 November sehingga 1 December sepanjang Pageant Week berlangsung sehinggalah malam kemuncak. Menurut Dato Reiss Tiara yang bertindak sebagai penganjur dan pemilik Miss & Mrs.Millennium Universe...beliau menganjurkan pertandingan ini bukan kerana memiki...