PENYANYI ERA 90an MEMERIAHKAN CELEBRITY CORNER WARUNG ZAIN KILAUAN EMAS

Bukan senang untuk menghimpunkan artis-artis dalam satu masa kerana masing-masing mempunyai komitmen dan jadual show yang berlainan. Namun begitu ahad lalu beberapa orang Penyanyi era 90an telah bersatu hati memeriahkan Celebrity Corner Warung Zain Kilauan Emas yang juga dikenali sebagai Renggo Arrow. Premis yang terletak di Puchong Permai itu full house dengan kehadiran Artis-artis dan pelanggan. Antara artis 90an yang turun padang pada malam tersebut adalah Mac Ruhayu, Shasha, Zura Shamsir, Poey Stings, Hasnol, Aan Ways, dan pastinya tuan rumah sendiri iaitu Zain Kilauan Emas. Menurut Mac Ruhayu selaku orang kuat group FB Penyanyi dan Band Artis 90an Malaysia...idea asalnya cuma borak-borak santai dengan Ery untuk membantu memeriahkan dan mempromosikan perniagaan rakan-rakan artis. Idea itu pula dipanjangkan oleh Ery dengan mengajak artis-artis yang ada kelapangan pada hari ahad tersebut. Menurut Mac Ruhayu lagi, aktiviti ini akan diteruskan ke premis atau show rakan-rakan artis yang lain. Zain Kilauan Emas pula semasa ditemubual oleh wakil Media Sensasi Terkini...beliau menyatakan rasa terharu dengan kesudian rakan-rakan artis meluangkan masa. Warung beliau memang sentiasa ramai pengunjung tapi pada malam tersebut lebih ramai hingga penuh setiap meja.
ZURA SAMSHIR SEMPAT MENYANYI DAN MEMPROMOSIKAN PRODUK KOPINYA
MAC RUHAYU MENYANYIKAN LAGU POPULARNYA 'DITAKDIR KITA BERSAMA'
RAKAN-RAKAN ARTIS YANG ADA SEMPAT MEMBUAT KEJUTAN SEMPENA HARI LAHIR POEY STINGS
POEY STINGS MENDENDANGKAN LAGU 'DALAM DIAM AKU MENCINTAIMU'
ZAIN K.E ATAU RENGGO ARROW MEMPERSEMBAHKAN LAGU POPULARNYA 'SENDU DIHATIMU, RINDU DIJIWAKU'
AAN WAYS MENDENDANGKAN LAGU 'SEIRAS'
HASNOL GV DENGAN LAGU POPULARNYA 'LAGULU UNTUKMU'
SHASHA SEMPAT MEMPERSEMBAHKAN LAGU POPULARNYA 'SEHELAI DAUN SETITIS EMBUN'
ZAIN KILAUAN EMAS SEMPAT BERDUET DENGAN ANAK BUJANGNYA
MAC RUHAYU DAN ANAK BUJANGNYA MENIKMATI MENU ISTIMEWA DI CELEBRITY CORNER WARUNG ZAIN KILAUAN EMAS
SUASANA YANG PENUH SEGENAP RUANG PADA MALAM ITU
MAC RUHAYU MENGHIBURKAN PELANGGAN YANG MAKAN SAMBIL BERAMAH MESRA DENGAN MEREKA

Comments

Popular posts from this blog

KISAH UNIK DAN SUKA DUKA MENGENAI CABARAN 10 TAHUN #10YEARSCHALLANGE

WAJAH-WAJAH MISTER GLOBAL MALAYSIA SEBELUM INI 2014-2018

MAJLIS MAKAN MALAM MBMUAA KE 7 - THE GREAT GATSBY NIGHT