Posts

Showing posts from January, 2020

MAJLIS SANTAI MEDIA DAN UNIT HIBURAN TV RTM

Image
NOR YAHATI AWANG ( KETUA PENGARAH PENYIARAN RTM SEMASA BERUCAP Baru-baru ini telah berlangsung Majlis Santai Unit Hiburan RTM Bersama Media yang telah berlangsung di Pearl Hotel, Kuala Lumpur. Majlis tersebut diadakan adalh untuk meraikan Media dan beramah mesra dengan para Media sekaligus memperkenalkan slot dan rancangan hiburan terbitan RTM. Seperti ramai yang sedia maklum, RTM adalah satu-satunya stesen TV yang konsisten menerbitkan rancangan hiburan...bukan sahaja bermutu dan mendapat tontonan yang tinggi...tetapi juga menjadi tempat para penggiat seni meneruskan karier samada penyanyi, pemuzik dan penari.  Sementelah tahun baru 2020 baru sahaja membuka tirainya...ini memberikan ruang pada RTM untuk kembali berpencak dengan program-program hiburan terbitannya dan antara program yang dinantikan pada tahun ini adalah BINTANG RTM 2020. Bagi edisi ke 21 kali ini, BRTM 2020 akan dimulakan dengan GEMPAK MANIA iaitu sebuah programjelajah pencarian bakat untuk BRM 2020 disel...

7 ARTIS LAMA DAN BARU DIRAIKAN SEMPENA HARI LAHIR MEREKA DIBULAN JANUARI

Image
 Semalam telah berlangsung majlis sambutan hari lahir tujuh artis lama dan baru di restoran Tanjung Puteri Sri Hartamas. Antara artis-artis yang diraikan adalah Mac Ruhayu, Rozita Rohaizat, Mek Habsah, Khairul Rizal, Mohd Amin dan lain- lain lagi. Selain tujuh orang artis yang diraikan... ramai juga kalangan rakan artis yang turut datang memeriahkan majlis antaranya Azura Aziz dengan suami Cheb Ali, Zaiton Sameon, Adilla Idris, Alina Hassan, Shahriza Mahmud, Taty, Leina Hangat, Salma Asis, Ayu Damit, Izzmad Harun, Alveena dan juga tidak ketinggalan orang-orang yang dikenali dalam bidang seni seperti K Nur Kasih, Syed Wafa, Din Nilam, Along Bakar, Chef Zainal, Chef Yang Jamil yang juga selaku pengacara pada malam itu. Pada malam itu beberapa orang artis turut membuat persembahan untuk menghiburkan para tetamu antaranya Azura Aziz, Izzmad Harun, Cheb Ali, Alina Hassan, Rozita Rohaizat dan lain-lain lagi. Selain persembahan nyanyian diadakan juga cabutan tiket bertuah dan anuge...

MAMA PINK TIDAK KISAH DIGELAR BADUT DEMI MEMBELA KUCING-KUCING TERBIAR DAN SAKIT

Image
Mama Pink atau nama sebenarnya Nazirah Abd Rahman ( 42 tahun ) tidak kisah digelar Badut demi kasih sayangnya terhadap lebih 50 ekor kucing yang dibelanya selama ini. Menurut Nazirah atau Mama Pink, beliau tidak kisah berhabis duit, masa dan tenaga demi memastikan kucing-kucing dibawah jagaannya sihat dan selamat. Menurut Nazirah, kucing-kucing peliharaannya adalah kucing-kucing jalanan yang terbiar dan dibuang. banyak antara kucing-kucing tersebut sakit dan beliau hantar untuk rawatan serta menjaga mereka sehingga menjadi sihat. Demi menampung kos makanan dan rawatan kucing-kucing tersebut, Mama Pink membuat kerja sambilan sebagai Badut dimajlis keramaian. Itulah pengorbanan seorang insan yang berhati mulia. Marilah kita sama-sama doakan agar Mama Pink diberi kesihatan yang baik dan dikurniakan rezeki yang melimpah agar dapat membantu lebih banyak kucing lagi. Diharap agar lebih ramai lagi insan berhati mulia tampil seperti Mama Pink ini.

ANJING CACAT DIBUANG DITEPI JALAN KINI MENDAPAT TUAN BARU

Image
Dimana rasa peri kemanusiaan, seekor anjing yang cacat dizalimi dengan dibuang ditepi jalan tanpa belas kasihan. Baru-baru ini viral kisah seekor anjing cacat dibuang oleh tuannya ditepi jalan. Rakaman CCTV menunjukan sebuah kereta berhenti ditepi jalan lalu membuang anjing cacat tersebut. Walaupun anjing tersebut kelihatan merayu dan kembali ke arah kereta tersebut...tetapi tuannya membuangnya semula lalu memandu laju meninggalkan anjing tersebut terkontang-kanting tanpa arah untuk dituju.  Terbaru, anjing cacat tersebut telah diambil dan dibela oleh seorang pemuda. Anjing cacat tersebut kelihatan riang kerana diberi kasih sayang oleh tuan barunya yang penyayang. Semoga insan yang membela anjing cacat ini dimurahkan rezeki dan gembira bersama anjing yang comel ini. marilah kita semua berdoa agar kebaikan insan ini dibalas dengan rahmat dan rezeki yang melimpah...Aamiin.