MAJLIS SANTAI MEDIA DAN UNIT HIBURAN TV RTM

NOR YAHATI AWANG ( KETUA PENGARAH PENYIARAN RTM SEMASA BERUCAP


Baru-baru ini telah berlangsung Majlis Santai Unit Hiburan RTM Bersama Media yang telah berlangsung di Pearl Hotel, Kuala Lumpur. Majlis tersebut diadakan adalh untuk meraikan Media dan beramah mesra dengan para Media sekaligus memperkenalkan slot dan rancangan hiburan terbitan RTM. Seperti ramai yang sedia maklum, RTM adalah satu-satunya stesen TV yang konsisten menerbitkan rancangan hiburan...bukan sahaja bermutu dan mendapat tontonan yang tinggi...tetapi juga menjadi tempat para penggiat seni meneruskan karier samada penyanyi, pemuzik dan penari. 

Sementelah tahun baru 2020 baru sahaja membuka tirainya...ini memberikan ruang pada RTM untuk kembali berpencak dengan program-program hiburan terbitannya dan antara program yang dinantikan pada tahun ini adalah BINTANG RTM 2020. Bagi edisi ke 21 kali ini, BRTM 2020 akan dimulakan dengan GEMPAK MANIA iaitu sebuah programjelajah pencarian bakat untuk BRM 2020 diseluruh tanah air. Terdapat 6 lokasi utama mewakili zon iaitu Sarawak, Sabah, Pulau Pinang ( Zon Utara ), Johor ( Zon Selatan ), Pahang ( Zon Timur ) dan Kuala Lumpur ( Zon Tengah ). 

Gempak Mania akan memulakan siri jelajah pada:-
* 22 & 23 Feb, untuk Zon Sarawak di Mydin Petrajaya ( Sarawak )
* 29 Feb & 1 Mac, untuk Zon Sabah - Suria Sabah ( Sabah )
* 7 & 8 Mac, Zon Utara- Kompleks Bukit Jambul ( Pulau Pinang )
* 13 hingga15 Mac, Zon Selatan - Mydin Mutiara Rini ( Johor )
* 21 & 22 Mac, Zon Pantai Timur - Kuantan Parade ( Pahang )
*28 & 29 Mac, Zon Tengah di Kuala Lumpur.

Pada kali ini...sedikit kelainan dalam menambah rencah BRTM 2020, pasukan penerbitan telah menjalankan beberapa kerjasama dengan sarikat rakaman tempatan dan antarabangsa dan juga bekerjasama dengan pereka fesyen tempatan. Bermula pada 20 Jun, setiap jam 9 malam di TV2, BRTM akan mengharungi 12 Minggu dengan 12 episod dengan tema yang berbeza setiap minggu. 12 orang peserta terbaik yang dipilih dari seluruh tanah air akan dinilai oleh juri tetap dan juri jemputan yang profesional serta memahami kehendak pasaran semasa industri hiburan tanah air.

Selain BRTM 2020...akan disusuli juga dengan sebuah program lain iaitu Twit-Twit BRTM2020. Program 30 minit ini akan bersiaran pada jam 8.30 malam di TV2 dengan memaparkan rangkuman aktiviti-aktiviti peserta BRTM 2020 bagi sepanjang minggu. BRTM 2020 dan Twit-Twit BRTM2020 akan dikendalikan oleh pengacara terkenal bagi melonjakkan proram ini dan meningkatkan kualiti penerbitan kedua-dua program tersebut.



ELLIA NORNI ELIAS ( PENOLONG PENGARAH HIBURAN TV ) & RASHIDA ALI ( PENERBIT )

ANTARA BARISAN UTAMA PENERBIT DI UNIT HIBURAN RTM






Comments

Popular posts from this blog

KISAH UNIK DAN SUKA DUKA MENGENAI CABARAN 10 TAHUN #10YEARSCHALLANGE

WAJAH-WAJAH MISTER GLOBAL MALAYSIA SEBELUM INI 2014-2018

MAJLIS MAKAN MALAM MBMUAA KE 7 - THE GREAT GATSBY NIGHT