KONSERT MINGGU INI MUSIM TERBARU 2020 - DAYANG & HAEL SERASI BERSAMA
Kejayaan Radio Televisyen Malaysia ( RTM ) dalam usaha membawa persembahan hiburan terbaik mengisi slot Konsert Minggu Ini sememangnya membanggakan. Pentas Konsert Minggu Ini turut menjadi tersohor ( trending ) dalam kalangan penonton setiap kali bersiaran. Usaha RTM dalam memberi peluang kepada artis dengan pelbagai genre setiap kali bersiaran menonjolkan keunikan tersendiri bagi memenuhi selera peminat sama ada artis solo atau berkumpulan. Begitu juga gabungan kembali artis lama mengembalikan zaman kegemilangan sewaktu mereka berada dipuncak. Membuka tirai musim baru Konsert Minggu ini bagi tahun 2020 menampilkan penyanyi terkenal Dayang Nurfaizah bergandingan dengan Hael Husaini didalam persembahan satu jam setengah yang berlangsung secara Live di TV2. Rancangan terbitan Sarena Mohd Salleh dari Unit Hiburan TV RTM ini menyaksikan Auditorium Perdana, Angkasapuri penuh sesak dengan peminat Dayang dan Hael serta peminat Konsert Minggu Ini itu sendiri....