KONSERT MINGGU INI MUSIM TERBARU 2020 - DAYANG & HAEL SERASI BERSAMA
Kejayaan Radio Televisyen Malaysia ( RTM ) dalam usaha membawa persembahan hiburan terbaik mengisi slot Konsert Minggu Ini sememangnya membanggakan. Pentas Konsert Minggu Ini turut menjadi tersohor ( trending ) dalam kalangan penonton setiap kali bersiaran.
Usaha RTM dalam memberi peluang kepada artis dengan pelbagai genre setiap kali bersiaran menonjolkan keunikan tersendiri bagi memenuhi selera peminat sama ada artis solo atau berkumpulan. Begitu juga gabungan kembali artis lama mengembalikan zaman kegemilangan sewaktu mereka berada dipuncak.
Membuka tirai musim baru Konsert Minggu ini bagi tahun 2020 menampilkan penyanyi terkenal Dayang Nurfaizah bergandingan dengan Hael Husaini didalam persembahan satu jam setengah yang berlangsung secara Live di TV2.
Rancangan terbitan Sarena Mohd Salleh dari Unit Hiburan TV RTM ini menyaksikan Auditorium Perdana, Angkasapuri penuh sesak dengan peminat Dayang dan Hael serta peminat Konsert Minggu Ini itu sendiri.
Konsert Minggu Ini - Dayang Nurfaizah & Hael Husaini ini bukan sahaja berjaya menarik penonton memenuhi Auditorium....teapi juga menjadi Trending pada malam tersebut. Gabungan mantap Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini membuat masa yang berlalu tidak terasa. Penonton di Auditorium turut menyanyi bersama kerana lagu-lagu mereka kesemuanya popular dan mesra telinga. Tahniah diucapkan kepada penerbit Sarena Mohd Salleh dan Team Unit Hiburan TV untuk Konsert Minggu Ini.
Konsert Minggu Ini Dayang dan Hael buka dengan lagu duet Mulanya Disini. Seterusnya Mash Up lagu Vroom Vroom dan Ingin Ku Miliki. Kedua-dua lagu ini kelihatan Dayang dan Hael saling 'support energy' satu sama lain walaupun sebenarnya Dayang tidak sihat. Persembahan KMI diteruskan oleh Dayang seorang dengan lagu Medley Hakikat Cinta, Pintaku Terakhir, Seandainya Masih Ada Cinta, Kemudian pentas KMI diambil alih oleh Hael dengan persembahan lagu-lagu popularnya Hari Ini, Jampi, Hajat dan Terlanjur Cinta. Kehangatan KMI diteruskan oleh persembahan solo Dayang dengan lagu-lagunya yang meletup iaitu Lelaki Teragung, Dipintu Syurga dan Dayang Sayang Kamu. Sebagai penutup Dayang dan Hael berduet semula dengan lagu Hari Ini dan Haram dengan mengajak penonton di Auditorium menyanyi bersama. Rata-rata penonton yang Media Sensasi Terkini temui malam itu merasa puas dan terhibur. Persembahan Dayang dan Hael pula nampak seimbang tanpa ada sikap 'overshadow' antara mereka.
Comments
Post a Comment