Posts

Showing posts from December, 2020

MISI MENGHANTAR KEPERLUAN PPE KE HOSPITAL PERMAI JOHOR BAHRU DAN BALAI BOMBA SKUDAI, JOHOR.

Image
  MISI MENGHANTAR KEPERLUAN PPE KE HOSPITAL PERMAI JOHOR BHARU DAN BALAI BOMBA SKUDAI, JOHOR. Johor, Sabtu 6 Dec: Penaung Pertubuhan Rangkaian Penjanaan Ekonomi Wanita ( PRPEW ), Pn.Mac Ruhayu dan Bendahari PRPEW Pn.Emma Harith telah turun padang dan menghantar sendiri keperluan PPE ke Hospital Permai,Johor Bharu, Johor. Bantuan keperluan PPE sebanyak 150 helai itu mereka serahkan sendiri kepada Pengarah Hospital Permai iaitu Dr.Haji Norazam Hasan. Semasa majlis penyerahan tersebut, Dr. Haji Norazam Hasan merasa sebak dan terharu. Beliau tidak menyangka ada pihak yang sudi dan berusaha untuk memberikan keperluan PPE yang memang pihak hospital tersebut sangat memerlukan. Usaha murni PRPEW ini adalah kesinambungan dari projek Sejuta PPE yang diusahakan PRPEW bersama YRBBM untuk disumbangkan kepada Barisan Hadapan di Sabah. Pada hari berikutnya pula, mereka telah meneruskan misi dengan menghantar 50 helai keperluan PPE ke Balai Bomba Skudai, Johor. Keperluan PPE tersebut telah disampa...

DANA BALANG KOSONG UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN AHLI MEMULAKAN PERNIAGAAN

Image
  Kuantan : SBR Kencana Global Resources melalui Pertubuhan Kebajikan Sentiasa Bersama Rakyat Malaysia ( PKSBRM ) menyalurkan dana perniagaan RM2,000 seorang kepada 1,000 ahlinya diseluruh Malaysia sebagai usaha membantu menjana pendapatan mereka. Lebih menarik lagi, sebanyak 800 balang kuih kosong juga diberikan kepada kesemua penerima dana itu sebagai permulaan mereka memulakan perniagaan makanan membabitkan biskut seperti Kuih Raya. Pengurus SBR Kencana Global Resources merangkap Pengerusi PKSBRM iaitu Datuk Seri Sabariah Hashim berkata, dana tersebut diberikan bagi membolehkan ahli memulakan perniagaan. "Kita juga berikan mereka balang kosong untuk diisikan kuih dan kemudian kita yang akan memasarkan kuih berkenaan, bukan sahaja dipasaran tempatan tetapi juga di luar negara. Mereka yang menerima dana ini ialah ahli berdaftar PKSBR yang sah dan menerima faedah ini. Mereka tidak perlu risau barang mereka tidak dapat dipasarkan kerana kami akan uruskan semua", katanya pada s...