MISI MENGHANTAR KEPERLUAN PPE KE HOSPITAL PERMAI JOHOR BAHRU DAN BALAI BOMBA SKUDAI, JOHOR.
MISI MENGHANTAR KEPERLUAN PPE KE HOSPITAL PERMAI JOHOR BHARU DAN BALAI BOMBA SKUDAI, JOHOR.
Johor, Sabtu 6 Dec:
Penaung Pertubuhan Rangkaian Penjanaan Ekonomi Wanita ( PRPEW ), Pn.Mac Ruhayu dan Bendahari PRPEW Pn.Emma Harith telah turun padang dan menghantar sendiri keperluan PPE ke Hospital Permai,Johor Bharu, Johor. Bantuan keperluan PPE sebanyak 150 helai itu mereka serahkan sendiri kepada Pengarah Hospital Permai iaitu Dr.Haji Norazam Hasan.
Semasa majlis penyerahan tersebut, Dr. Haji Norazam Hasan merasa sebak dan terharu. Beliau tidak menyangka ada pihak yang sudi dan berusaha untuk memberikan keperluan PPE yang memang pihak hospital tersebut sangat memerlukan. Usaha murni PRPEW ini adalah kesinambungan dari projek Sejuta PPE yang diusahakan PRPEW bersama YRBBM untuk disumbangkan kepada Barisan Hadapan di Sabah.
Pada hari berikutnya pula, mereka telah meneruskan misi dengan menghantar 50 helai keperluan PPE ke Balai Bomba Skudai, Johor. Keperluan PPE tersebut telah disampaikan ke Balai Bomba Skudai dan diserahkan kepada Tuan Riduan. Kesemua keperluan PPE ini adalah dari Pereka Fesyen terkenal iaitu Calvin Thoo yang beliau sumbangkan kepada PRPEW.
Semasa wakil Pocket TV menemubual Mac Ruhayu sekembalinya beliau ke Kuala Lumpur selepas misi tersebut, Mac Ruhayu sebak hingga menitiskan airmata menceritakan keadaan yang beliau saksikan sendiri. Menurutnya ada pihak terlepas pandang sedangkan pihak Hospital dan pihak Bomba di sana sangat memerlukan PPE untuk menjalankan tugas semasa Pendamik Covid19 ini.
Semasa temubual kami, Mac Ruhayu tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih pada pihak-pihak yang membantu misi ini kerana tanpa mereka misi ini tidak berjalan dengan lancar. Antaranya Dato Seri Helmi dari Mabless Lagend Sdn.Bhd dan juga Tuan Hisham dari Rich Glorious.
Awesome.... Terbaek๐๐๐
ReplyDeleteMablesss
ReplyDelete