NEXPERTS ACADEMY PERKASAKAN PAKAR DALAM AI, KESELAMATAN SIBER DAN CLOUD COMPUTING, MENUJU ASPIRASI MALAYSIA NEGARA AI 2023, MELALUI PEMBIAYAAN YAYASAN PENERAJU.
Kuala Lumpur, Malaysia, 20 November 2025 – Nexperts Academy Sdn. Bhd., salah satu penyedia latihan berfokus industri (ALTI) yang dilantik, mengumumkan bahawa inisiatif pembiayaan latihan profesional oleh Yayasan Peneraju telah berjaya memperkasakan lebih daripada 1,000 peserta Bumiputera untuk mengikuti latihan dalam bidang teknologi kritikal seperti Artificial Intelligence (AI), Cloud Computing, Networking, dan Keselamatan Siber sejak Mac 2025. Inisiatif yang bakal berakhir pada Disember 2025 ini telah menjadi pemangkin utama dalam menangani kekurangan bakat tempatan dalam sektor berpendapatan tinggi, selaras dengan aspirasi negara menuju Malaysia sebagai negara AI menjelang 2030. “ Ramai Bumiputera mempunyai potensi besar, tetapi tidak mempunyai akses kepada pensijilan teknologi bertaraf global. Inisiatif ini membuka pintu kepada lebih ramai rakyat untuk mendapatkan kemahiran yang kini menjadi keperluan kritikal industri di Malay...