NEXPERTS ACADEMY PERKASAKAN PAKAR DALAM AI, KESELAMATAN SIBER DAN CLOUD COMPUTING, MENUJU ASPIRASI MALAYSIA NEGARA AI 2023, MELALUI PEMBIAYAAN YAYASAN PENERAJU.
Inisiatif yang bakal berakhir pada Disember 2025 ini telah menjadi pemangkin utama dalam menangani kekurangan bakat tempatan dalam sektor berpendapatan tinggi, selaras dengan aspirasi negara menuju Malaysia sebagai negara AI menjelang 2030.
“Ramai Bumiputera mempunyai potensi besar, tetapi tidak mempunyai akses kepada pensijilan teknologi bertaraf global. Inisiatif ini membuka pintu kepada lebih ramai rakyat untuk mendapatkan kemahiran yang kini menjadi keperluan kritikal industri di Malaysia dan seluruh dunia,” kata Nazreen Abdul Ghani, Pengarah Nexperts Academy.
Nexpert Academy menawarkan kursus berimpak tinggi yang merangkumi pensijilan global seperti Certified Ethical Hacker (CEH), Network & Multicloud Bootcamp yang merangkumi pensijilan CompTIA dan Microsoft Certified Azure Associate, serta Bootcamp AI & Machine Learning.
• Penyelesaian Krisis Keselamatan Siber: Kursus CEH melatih peserta untuk berfikir seperti penggodam, mengukuhkan pertahanan siber organisasi – keperluan yang sangat kritikal selepas beberapa syarikat tempatan dilaporkan menjadi mangsa serangan ransomware baru-baru ini.
• Peralihan ke Cloud: Network & Multicloud Bootcamp menawarkan laluan kerjaya alternatif tanpa memerlukan ijazah IT, membekalkan peserta dengan kemahiran kritikal bagi memenuhi permintaan tinggi jurutera cloud yang melonjak seiring peralihan organisasi kepada infrastruktur awan.
• Aplikasi AI Dunia Sebenar: Bootcamp AI & Machine Learning popular dalam kalangan profesional dan bukan IT, membolehkan mereka memanfaatkan automasi dan analisis data untuk meningkatkan produktiviti harian atau mengenal pasti peluang perniagaan baharu.
Salah satu daya tarikan utama program ini ialah skim pembiayaan yang menawarkan mekanisme 0% bayaran balik (Silver-tier), tertakluk kepada peserta memenuhi syarat seperti mencapai kehadiran ditetapkan dan lulus peperiksaan. Skim ini bertujuan menggalakkan komitmen dan memastikan alumni bersedia untuk pasaran kerja. Nexperts Academy juga menyediakan elaun latihan kepada peserta yang layak di bawah program ini.
Vaheed, CEO Nexperts Academy menambah, “Inisiatif Yayasan Peneraju yang memberi tumpuan kepada membangunkan bakat Bumiputera yang mahir, berorientasikan industri, dan bersedia menghadapi cabaran teknologi, terutamanya dalam sektor berpendapatan tinggi dan berteraskan Kecerdasan Buatan (AI), adalah sejajar dengan matlamat negara.
Memperkasa Tenaga Kerja Digital Bumiputera
1. Pembangunan Bakat Berfokus
Matlamat untuk menukar pelajar menjadi profesional bertauliah yang sedia bekerja (job-ready) dan relevan dengan industri (industry-relevant) adalah penting. Pensijilan (certification) rasmi adalah kunci kerana ia memberikan bukti kemahiran yang diiktiraf di peringkat global, menjadikannya lebih mudah bagi graduan untuk mendapatkan pekerjaan dalam sektor teknologi berpendapatan tinggi.
2. Menyokong Pertumbuhan Ekonomi Digital
Ekonomi digital Malaysia tidak dapat berkembang sepenuhnya tanpa penyertaan yang seimbang dan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi. Inisiatif ini secara langsung menangani keperluan ini dengan membina saluran bakat yang kukuh (strong pipeline), memastikan ada bekalan profesional tempatan untuk memenuhi permintaan industri yang semakin meningkat, terutamanya dalam bidang seperti AI, Sains Data, dan Pembangunan Perisian.
3. Impak Sosial dan Komuniti
Program ini dilihat bukan sahaja sebagai latihan teknikal tetapi sebagai alat untuk peningkatan sosioekonomi. Dengan menghasilkan profesional berpendapatan tinggi, ia dapat mengangkat keluarga dan memperkukuh komuniti, yang merupakan matlamat penting dalam usaha pembangunan inklusif di Malaysia.
4. Wawasan AI-Driven Nation
Malaysia sedang menuju ke arah menjadi sebuah negara yang dipacu oleh AI. Untuk mencapai visi ini, ia memerlukan pekerja yang bukan sahaja pengguna teknologi tetapi juga pencipta, pembangun, dan pengurus penyelesaian AI. Fokus pada melahirkan bakat yang mampu menyumbang kepada sektor teknologi tinggi adalah penting untuk daya saing jangka panjang negara.
Secara ringkas, Yayasan Peneraju memainkan peranan penting dalam memastikan pembangunan bakat digital di Malaysia adalah inklusif dan berkesan, menjadikannya pemacu utama untuk mencapai matlamat ekonomi digital yang lebih kukuh dan lebih maju..”Sebagai penutup program ini, media dijemput untuk bertemu dengan alumni yang telah berjaya beralih kerjaya ke sektor IT, meningkatkan kemahiran teknikal, dan menerima tawaran kerja baharu, membuktikan impak nyata usaha ini terhadap mobiliti sosial dan pembangunan modal insan negara.
1. Network & Muktickoud Training Programme
2. ComTIA Network+
3. Heart of Malaysia's Teach Economy
4. Artificial Intelligence & Learning Bootcamp
5. CompTIA Cloud+ Programme
6. EC Council Certified Ethical Hacker (CEH)
Di support Certified oleh Microsoft AZURE Administrator Assosiate For AI System / IT
MAKLUMAT LANJUT & PERMOHONAN
Maklumat kursus Nexperts Academy boleh disemak di halaman khas www.nexpertsgrants.com, manakala laman rasmi akademi boleh dilayari di www.nexpertsacademy.com.
Comments
Post a Comment