LEBIH 1,000 USAHAWAN TEMPATAN DAN ANTARABANGSA BERKUMPUL DI FESTIVAL USAHAWAN NEGARA 2025, HUN2025



Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia telah menganjurkan satu acara Mega iaitu Hari Usahawan Negara 2025 atau singkatanya, HUN2025 yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada 12 - 16 September 2025, bermula pukul 9 pagi sehingga 12 malam setiap hari.

Majlis Pelancaran HUN2025 telah dirasmikan oleh Y.A.M Raja Saidatul  Mardiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah A'fifullah. Majlis Perasmian turut disertai oleh tetamu kehormat antaranya Y.M Tengku Hishamuddin Zaizi dan isteri Y.M Che Puan Datin Hazieta Binti Mohd Hafidz, Datuk Chong Chong Tik (Presiden PROMAS), Lady Puan Sri Dr. Susan Cheah (Presiden MACHITA), YBhg. Datuk Seri Dr.Abdul Fattah Abdullah (Presiden Angkasa) dan Datin Seri Norliah Binti Che Mohammad (SU DPUM) serta Madam Chan (Presiden Persahabatan Vietnam-Malaysia). 

Menurut Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia, Datuk Seri Abu Hassan Bin Mohd Nor, beliau berharap agar penganjuran HUN2025 ini dapat memacu Malaysia sebagai Hab Usahawan dunia, dengan jumlah penyertaan banyak negara luar pada penganjuran kali ini.

Sebelum acara Perasmian, telah diadakan sesi khas di pentas terbuka iaitu ucapan alu-aluan daripada  YB Datuk Seri Ahmad Bin Maslan dan juga demo memasak Burger oleh beliau. 

Antara pengisian menarik yang disediakan oleh Penganjur adalah, jaringan dan sesi business matching bersama usahawan tempatan dan luar negara. Juga ada Talk show bersama tokoh dan ikon perniagaan, Pameran dari dalam dan luar negara yang juga disertai oleh kementerian dan agensi tempatan. Diselitkan juga Pertunjukan kereta mewah bernilai hingga RM2 Juta. 
Ada juga Hun World Record 2025 untuk Satay dan Nasi Lemak Terpanjang. Pengunjung bertuah boleh turut serta Lucky Draw untuk memenangi “Brompton” basikal mewah bernilai RM28,000. 

Pelbagai aktiviti disediakan bagi menarik pengunjung untuk memeriahkan HUN2025 ini antaranya, Larian Fun Run 3KM dan 5KM serta Fun Ride Berbasikal 25KM. Juga ada
pertunjukan Pasukan Keselamatan dan jualan barangan RAHMAH Madani. Disamping itu juga disediakan Kaunter bayaran saman trafik diskaun hingga 70%. Acara persembahan Artis-artis juga disediakan dengan barisan Penyanyi yang bakal menghiburkan pengunjung. 

Acara HUN2025 ini juga akan disiarkan secara Live International StreamMix ke seluruh dunia.

Comments

Popular posts from this blog

KISAH UNIK DAN SUKA DUKA MENGENAI CABARAN 10 TAHUN #10YEARSCHALLANGE

MAJLIS MAKAN MALAM MBMUAA KE 7 - THE GREAT GATSBY NIGHT

WAJAH-WAJAH MISTER GLOBAL MALAYSIA SEBELUM INI 2014-2018