KONSERT MINGGU INI - RATU 2.0...PECAH PANGGUNG

Memang hebat penangan Konsert Minggu Ini RATU 2.0  terbitan RTM baru-baru ini. Penonton berpusu-pusu datang seawal pukul 6 petang lagi untuk memastikan mereka dapat masuk ke Auditorium dan menonton secara Live. Suasana didalam Auditorium penuh sesak sehingga penonton sanggup duduk ditangga laluan dan di atas lantai. Begitupun, masih tidak dapat menampung limphan penonton yang bukan lagi Full House tetapi dah Overloaded sehinggakan pihak RTM terpaksa membuka ruang sebelah Auditorium pula.

Tirai RATU 2.0 dibuka dengan persembahan penuh bertenaga dari ketiga Ratu iaitu Ziana Zain, Ella dan Siti Nordiana dengan lagu Mulanya Disini. Siti Nordiana pula menyambung persembahan dengan lagu Hatiku Milikmu diikuti medley Gurauan Berkasih dan Resepi Berkasih. Seterusnya Siti Nordiana mengajak salah seorang penonton mendendangkan lagu duet Memori Berkasih.

 PENERBIT KONSERT MINGGU INI RASHIDAH ALI

 Ziana Zain meneruskan kehangatan dengan mempersembahkan lagu Sangkar Cinta. Sebelum meneruskan persembahan, Ziana sempat memberitahu penonton lagu seterusnya ada kaitan dengan dirinya. Semasa mempersembahkan lagu Berpisah Jua, Ziana turut mengalirkan airmata dan penonton dapat merasakan kesedihan menerusi bait-bait lirik dan juga alunan suara Ziana yang menyampaikan lagu tersebut dengan penuh perasaan.

Ella meneruskan keterujaan penonton dengan menyampaikan lagu-lagu popularnya iaitu Kitalah Bintang, Layar Impian dan Retak. Gaya manja yang sinonim dengan Ella membuatkan penonton tergelak dan terhibur. Set seterusnya ketiga-tiga Ratu bertukar lagu sesama mereka dengan konsep versus dimana Siti Nordiana menyampaikan lagu Sepi Sekuntum Mawar ( Ella ) dan Ella pula menyampaikan lagu Kekal ( Ziana Zain ) manakala Ziana Zain pula menyanyikan lagu Paling Comel ( Siti Nordiana ). Lagu penutup pula Siti Nordiana menyampaikan lagu Terus Mencintaimu, manakala Ziana Zain dengan lagu Anggapanmu dan Ella mempersembahkan lagu Kesal. 

Rata-rata penonton puas hati dengan persembahan Konsert Minggu Ini Ratu 2.0 dan tidak mahu berganjak walaupun semasa iklan. Suasana Auditorium begitu hangat dengan penonton menyanyi sama pada setiap lagu semasa artis membuat persembahan. Kejayaan RATU 2.0 ini bukan sahaja kerana kekuatan nama Penyanyi dan persembahan mantap mereka, tetapi jangan dilupa pada orang-orang dibelakang tabir seperti Pemusik, Penyanyi Latar, Penari, Krew...tetapi yang paling utama adalah Penerbit. Media Sensasi Terkini sempat menemubual Penerbit Konsert Minggu Ini sebelum rancangan bermula iaitu Rashidah Ali. Beliau menyatakan yang beliau merasa sangat berdebar-debar tetapi bersyukur dan berterima kasih dengan sambutan penonton yang ramai. Syabas kepada semua yang terlibat dan ini adalah lambang serta titik tolak kejayaan Konsert Minggu Ini seterusnya.

 ELLA KELIHATAN VOUGE DENGAN BUSANA INI


 RAMAI YANG MEMUJI BUSANA YANG DIPAKAI OLEH SITI NORDIANA INI

 ZIANA ZAIN TETAP DENGAN CARANYA MESRA BERCELOTEH DENGAN PENONTON

 ELLA MENGAJAK PENONTON MENYANYI BERSAMA-SAMA

 SITI NORDIANA, ZIANA ZAIN DAN ELLA BEGITU TERHARU DENGAN SAMBUTAN PENONTON DI AUDITORIUM MAHUPUN YANG DI RUMAH

 WALAUPUN SESAK, TETAPI PENONTON TETAP JAGA DISIPLIN

 PENONTON SERONOK IKUT MENYANYI BERSAMA-SAMA

 BUKTI BETAPA KONSERT MINGGU INI RATU 2.0 PECAH PANGGUNG

 ZIANA ZAIN MENYANYI DENGAN PENUH PERASAAN

 ANTARA PEMUSIK YANG MENJADI NADI KONSERT MINGGU INI RATU 2.0





Comments

  1. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KISAH UNIK DAN SUKA DUKA MENGENAI CABARAN 10 TAHUN #10YEARSCHALLANGE

WAJAH-WAJAH MISTER GLOBAL MALAYSIA SEBELUM INI 2014-2018

MAJLIS MAKAN MALAM MBMUAA KE 7 - THE GREAT GATSBY NIGHT