KISAH SEJATI MISS UNIVERSE VIETNAM 2018 TIDAK MALU DENGAN ASAL USUL DARI KETURUNAN ETNIK DAN DARI KELUARGA SUSAH
Miss Universe Vietnam H'Hen Nie baru-baru ini menjadi perhatian dunia di media sosial selepas ia mendedahkan bahawa dia telah menjadi pengasuh untuk menyokong dirinya di sekolah kerana keluarganya terlalu miskin untuk menghantarnya melanjutkan pelajaran. Ramai yang mengagumi kecekalan hati antara wanita tercantik Vietnam ini yang berusaha membiaya pelajarannya denga bekerja sebagai pengasuh. Selain itu, pengakuan wanita ini yang tidak malu mendedahkan yang beliau berasal dari keluarga yang susah...sangat dikagumi peminat Ratu cantik diseluruh dunia. Diharap kisah sejati sebegini akan menjadi ikhtibar pada artis dan selebriti tanahair agar tidak lupa asal usul dan tidak malu walau berasal dari keluarga yang susah kerana ianya tidak akan merosakkan nama dan tidak mengurangkan populariti...malah peminat akan semakin bertambah dan sayang atas kejujuran mereka.
Comments
Post a Comment