MODEL BARU... TRAUMA DIRABA OLEH SEORANG JURUFOTO LELAKI

 Seorang Model baru yang 'bertubuh sesedap rasa' telah menyatakan yang dia trauma dan serik selepas kes diraba oleh seorang Jurufoto. Emay Azmi yang baru mula bergiat aktif dalam bidang modeling menceritakan pada mulanya beliau tertarik dengan pelawaan Jurufoto tersebut kerana ingin menambah pengalaman serta ingin mendapat dan menambah foto-foto penglibatan beliau dalam bidang ini. Sebelum sesi photoshoot bermula lagi, Emay Azmi telah merasa pelik bila Jurufoto tersebut siap berpesan tidak boleh membawa teman, P.A atau sesiapapun. Hanya boleh datang seorang sahaja. Walaupun merasa pelik, tetapi kerana sikap profesional sebagai seorang Model, Emay Azmi tetap menerima tawaran photoshoot tersebut. Semasa sesi fotoshoot dan bertukar beberapa pakaian, jurufoto tersebut telah mengambil kesempatan meraba Emay Azmi dan meminta tawaran sex pada Emay Azmi. Walaupun berjaya menolak Nafsu Syaitan Jurufoto Lelaki tersebut, tetapi Emay Azmi merasa trauma dan serik. Selepas kejadian tersebut, Emay Azmi telah menukar kerjaya beliau sebagai seorang Anggota Keselamatan di Kuala Lumpur. Namun begitu, rakan-rakan Emay Azmi dan beberapa Pereka Fesyen menasihati Emay Azmi agar melupakan kejadian tersebut dan kembali ke dunia Modeling.



Comments

Popular posts from this blog

KISAH UNIK DAN SUKA DUKA MENGENAI CABARAN 10 TAHUN #10YEARSCHALLANGE

WAJAH-WAJAH MISTER GLOBAL MALAYSIA SEBELUM INI 2014-2018

MAJLIS MAKAN MALAM MBMUAA KE 7 - THE GREAT GATSBY NIGHT