SEORANG DOKTOR YANG JUGA ADIK PELAKON TERKENAL 'MENGELAK' DARI HUTANG RM7 RIBU
Seorang pemuda bernama Adi telah melaporkan pada penulis Media Sensasi Terkini yang seorang Doktor terkenal yang juga adik pada seorang pelakon terkenal telah 'mengelak' dari hutang. Menurut Adi, hutang tersebut lebih setahun dan apabila beliau cuba menghubungi doktor tersebut dan menagih hutang, tetapi dia telah diblok oleh doktor tersebut di Media Sosialnya. Tidak putus asa, Adi telah pergi ke Klinik doktor muda tersebut yang terletak di Damansara tetapi doktor tersebut mengelak untuk bersemuka dan memberitahu pekerjanya yang dia tidak kenal pada Adi.
Ketika ditanya oleh penulis Media Sensasi Terkini, dia mengenali doktor muda tersebut lebih kurang 5 tahun. Kisahnya bermula bila Doktor muda itu mengajaknya menjadi rakan kongsi dan meminta Adi melabur RM50 ribu. Namun begitu, Adi tidak berminat menjadi rakan kongsi doktor muda tersebut. Setelah membuka klinik, doktor muda tersebut telah memohon meminjam RM5 ribu kerana kekurangan duit. Atas dasar menolomg sahabat, Adi telah meminjamkan RM5 ribu. Selain itu, Adi telah membekalkan produk yang boleh dijual diklinik tersebut dengan nilai lebih RM2 ribu. Menurut Adi, produk tersebut dah ada terjual tetapi tidak ada bayaran diberi kepadanya sebagai pembekal. Semoga doktor muda tersebut tampil menyelesaikan masalah ini demi menjaga nama klinik dan kariernya sebagai seorang doktor serta demi nama kakaknya yang dikenali ramai dalam bidang seni. Jika tiada juga penyelesaian dari pihak doktor muda tersebut, kemungkinan Media Sensasi Terkini akan membuat susulan kisah beserta nama dan photo doktor muda tersebut dan mendedahkan nama kakak beliau.
Comments
Post a Comment