KASUT-KASUT FINALIS MISS GRAND KL 2019 DITAJA JENAMA BRAGAIS
Bertuah
finalis Miss Grand Kuala Lumpur 2019 kerana mendapat penajaan kasut
yang ditempah khas dari negara Philippines. Kasut tersebut adalah
ditempah dan direka khas oleh pereka kasut terkenal iaitu Jojo Bragais
yang juga dari label yang sama iaitu Bragais. Difahamkan
kasut-kasut rekaan dan jenama Jojo Bragais menjadi pilihan ramai
Ratu-ratu dunia dan juga selebriti terkenal dunia.
Sebelum
ini, penganjur Miss Grand Kuala Lumpur 2019 telah mengadakan aktiviti
Grooming dan Solekkan, manakala semalam adalah majlis penyampaian Sash
kepada semua finalis. Tahun ini nampaknya pihak penganjur lebih aktif
dan menyediakan pelbagai aktiviti berkaitan sebelum acara pertandingan
akhir peringkat Kuala lumpur yang akan berlangsung pada tahun hadapan.
Foto ihsan Jurufoto Yusri Ibrahim.
Comments
Post a Comment