AZHARINA YAKIN DENGAN SAMBUTAN CONCERT AZHARINA QUEEN OF SOUL.
Dua tahun lalu Azharina pernah muncul dengan Mini Konsert di Hard Rock Cafe dimana sambutan sungguh hebat bukan sahaja dari kalangan peminat setianya, malah dari rakan-rakan artis sendiri. Kali ini Azharina melangkah ke tahun 2019 dengan begitu yakin membuat persembahan dengan skala yang lebih besar pula iaitu Concert Azharina Queen Of Soul. Walaupun majlis sidang akhbar pelancaran konsert ini baru dilancarkan semalam di Black Box, SACC Shah Alam, tetapi tiket telah terjual sebanyak 200 keping. Pengarah Urusan penganjur konsert ini iaitu Syarizal Ismail berkata, buat masa ini konsert tersebut akan berlangsung sehari sahaja, namun begitu, pihaknya akan mempertimbangkan untuk membuat beberapa siri konsert tersebut dibeberapa buah lokasi terpilih di dalam negara.
Menurut Azharina, beliau sangat teruja untuk bertemu dengan peminatnya dan yakin, peminat akan terhibur dengan persembahannya nanti. Dijangka 14 buah lagu secara solo akan dipersembahkan dan sebuah lagu secara Duet dengan penyanyi jemputan dari luar negara. Azharina menyatakan, bukan mudah membuat sesuatu konsert tambahan beliau sangat cerewet dan teliti demi kepuasan para peminatnya kerana beliau mahukan kualiti persembahannya dan kepuasan penonton agar berbaloi dengan duit yang mereka keluarkan. Azharina juga akur yang peminat hiburan sekarang sudah malas keluarkan duit untuk membayar tiket tetapi beliau yakin tiket akan habis terjual. Concert Azharina Queen Of Soul ini akan berlangsung pada 29 Jun 2019 di Royale Theater Shah Alam dimana tempat ini boleh menampung sehingga 900 orang. Tiket-tiket boleh dibeli melalui www.atlasoneevents.com dengan harga RM288 (VIP), RM188 (Kategori A), RM158 ( Kategori B) dan RM108 (Kategori C).
Konsert ini juga mendapat sokongan dari Kelab SUK Selangor melalui Kelab SPBT dan bekerjasama dengan Kelab Sukan dan Kebudayaan Majlis Bandara Petaling Jaya, FUFC The Fighters dan Pemadam Negeri Selangor. Nantikan persembahan hebat dari bekas juara Gegar Gavanza ini dan pastinya anda akan merasa puas dan terhibur.
Comments
Post a Comment