DEWI REMAJA 2018/2019 MILIK HANEESYA HANEE, JUARA YANG MENEPATI RAMALAN ORANG RAMAI

 Berkat doa dan kesungguhan ibu dan sokongan serta doa dari rakan-rakan dan pengikut setianya, Haneesya Hanee telah dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2018/2019. Gadis dari Kuala Lumpur ini sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM10 ribu serta trofi dan tiara. Manakala Tia Sara pula ditempat kedua dan tempat ketiga pula disandang oleh Sherin. Anna Jobling dan Rania pula dalam kedudukan keempat dan kelima. Nampaknya kesungguhan Ibu Haneesya Hanee bergelar Dewi Remaja telah terlaksana. Gadis yang pernah beberapa kali menjuarai pelbagai pertandingan sebelum ini merasa begitu bersyukur dan terharu dengan kemenangan ini. Kemenangan Haneesya Hanee bukan sahaja menggembirakan dia dan Ibu serta adik-adiknya, malah semua sahabat dan kenalan serta peminatnya turut merasa gembira kerana ramai yang mahu keluarganya keluar dari hidup yang susah. Haneesya dan ibunya pernah melalui episod hidup yang susah dan pernah menghadapi pelbagai ujian dan kecaman tetapi mereka dua beranak ini tabah melalui segala ujian. Semoga Haneesya Hanee semakin bersinar bintangnya dan menyerlah bakatnya dipersada seni nanti.



Comments

Popular posts from this blog

KISAH UNIK DAN SUKA DUKA MENGENAI CABARAN 10 TAHUN #10YEARSCHALLANGE

MAJLIS MAKAN MALAM MBMUAA KE 7 - THE GREAT GATSBY NIGHT

WAJAH-WAJAH MISTER GLOBAL MALAYSIA SEBELUM INI 2014-2018