IBU DEWI REMAJA HANEESYA HANEE, DITUDUH MENGGUNAKAN KHIDMAT BOMOH UNTUK MENANG
Banyak sungguh dugaan yang dihadapi keluarga Haneesya Hanee, Dewi Remaja 2018/2019. Semasa pertandingan Dewi Remaja dikaitkan dengan kulit HITAM, kini lepas menang pula dikaitkan dengan ilmu HITAM. Berdasarkan dari status FB semalam, Ibu kepada Dewi Remaja ini merasa kesal kerana ada pihak yang mempertikaikan kemenangan anaknya kerana 'berBomoh' atau menggunakan ilmu hitam. Siapa tidak merasa sedih kerana usaha keras anak beranak ini dipertikaikan walhal kemenangan Haneesya Hanee dipersetujui ramai pihak yang ibarat 'Restu' pada kejayaan si Hitam Manis ini menjadi 'Sweet Heart' terbaru dunia seni tanah air.
Sebelum memasuki pertandingan Dewi Remaja pun Ibu dan anak ini pernah dituduh oleh pihak-pihak tertentu yang mereka menggunakan ilmu hitam kerana Haneesya Hanee sering memenangi pertandingan pencarian model yang disertainya. Menurut ibu Haneesya Hanee...bukan semua pertandingan yang disertai oleh anaknya membuajkan kemenangan, ada juga anaknya tidak menang. Jika benar dakwaan pihak-pihak tersebut...mengapa dia tidak memang beberapa pertandingan?
Semoga Haneesya Hanee dan Ibunya terus tabah dengan dugaan sebegini. Ini hanya sebahagian atau sedikit sahaja...akan ada lebih banyak lagi degaan dan cabaran di dalam dunia seni menanti. Doa kami dari redaksi Media Sensasi Terkini agar Haneesya Hanee fokus pada karier seni dan jangan terlalu memikirkan gossip atau tuduhan yang tidak berasas samada masa kini atau dimasa akan datang.
Comments
Post a Comment