MEDIA PRIMA HARUS LEBIH BERDAYA SAING DAN KREATIF UNTUK TERUS MENANGI HATI PENONTON
Media Prima Bermasalah? ,tv9 gagal?, Dan Ntv7 kecundang?, ch drama sangat Dan cj wowshop dihentikan penyiaran Dari mytv/unifi tv bermula 1 Januari 2019?.
Agak sedih untuk stesen tv tempatan kita yang terkenal super duper dahulu, tapi sekarang dah jadi suam-suam kuku atau sendu. Buktinya Kita nampak tv9 dah gagal. Dan seterusnya, rebranding ntv7 kurang menjadi dan bakal kecundang.
Apatah lagi dengar angin Katanya ntv7 tahun depan bakal mengadakan 15jam untuk slot cj wow shop. Sudah pasti penonton akan bosan dan beralih ke stesen tv lain ..Slot drama di ntv7 akan jd 2,3 slot . Jadi kenapa banyak sangat slot cjwowshop? Mestilah utk cover masalah keewangan. Tapi siapa yang rajin layan rancangan jual beli ni? Ada yang layan tapi tak ramai. tambahan lagi dengan persaingan shopping online. Persaingan IPTV (internet protokol television) seperti hypptv, Netflix ,iflix dan lain-lain lagi.
Jadi, nak cerita permasalahannya, perasan tak kenapa Media Prima Berhad (MPB) mengalami masalah sedemikian? Masalah kewangan? Betul tu. Kewangan mereka tidak mampu nak cover semua stesen tv bawah Media Prima berhad. Perasan tak filem berulang2 dan bermula 2017, tv3 dan ntv9 mula pulak mengulang tayang drama2 lama. Dulu Media Prima tak akan ulang tayang drama lama di tv3,tv9. Memng mustahil. semuanya drama baru2 MPB akan tayang . Jadi sekarang MPB dah jauh ketinggalan. Mereka lambat bertindak atau formula mereka ada yang tak kena? . Cuma setakat ini stesen yang boleh diberi pujian stesen 8tv Dan tv3 sahaja.
lagi satu stesen tv free Ni kena buka laluan utk ruang iklan bertapak kat stesen tv mereka..iklan stesen tv MPB limited, cuba kita ambil contoh tengok stesen tv Indo, pengiklanan stesen tv mereka memang tiptop, sampai iklan Google,YouTube go boleh ada dalam stesen tv mereka. Memang tidak dinafikan walaupun durasi iklan agak panjang. Jadi Media Prima kena fikir biarlah iklan panjang janji menguntungkan, buat apa nak fikir tentang penonton yg memang tak bayar sesen pun utk tv free tempatan. Janji formula drama baru, filem baru walaupun iklan panjang pasti penonton yg tak perlu membayar duit sesen akan menonton juga. ..
Dari dulu iklan tv Media Prima setakat itu saja, alih-alih iklan Susu, sabun pencuci. Macam mana lah nak menampung Kos upah gaji pekerja, membayar hak siar rancangan, pembelian filem dan drama. Lagi satu, MPB lambat sangat nak upload ke YouTube drama2 mereka . Konon dengan ada Tonton.com orang nak tengok? Tonton.com Dari free >berbayar VIP> free Semula .Dah banyak cetak rompak baru nak bising. Jika dari awal lagi drama2 tersebut di upload Ke youtube...pastii DH banyak keuntungan, banyak viewer dan mendapat high ratings .
Cuba ambil contoh stesen tv indosiar, transmedia ,trans7, antv, rtv ,mnc, global, rcti bagaimana mereka mengelola dan kendalikan stesen tv mereka . Belajar bagaimana mereka mengaut keuntungan. Kemudian lihat penaja program hiburan mereka bukan cikai2. Semua ini MPB kena belajar. Build up team yang betul2 berkaliber dan bukan setakat tangkap muat. Seterusnya perhatikan lagi stesen tv Indo yg free,tv lokal macam mana mereka setiap malam boleh tayang filem-filem baru. Mula jam 9 malam boleh tayang 2-3 filem tanpa henti. Indosiar bagaimana setiap malam boleh buat live show setiap hari . Live show setiap hari itu lah modal mereka mengaut keuntungan dari penaja dan iklan TVC yang sudah tentu bayar lagi mahal ketika live show. Nak dikatakan lagi, bukannya stesen tv mereka tiada langsung rancangan jual beli belah...ada juga, tapi slot tayangan tak lama pun . Sekadar sejam dua.
Tambahan, stesen MPB perlui melebarkan sayap membuat sistem FTA (openbox RX) atau boleh bekerjasama dengan mana-mana tv satelit FTA yang free di Indonesia atau FTV dengan menyewa hosting mana2 syarikat yang berbaloi bagi MPB di Indonesia dengan menyewa satelit seperti Chinasat,ses9 dan lain-lain bagi melebarkan penyiaran terutama ke negara Indonesia .
Kesimpulannya, MPB kena buka laluan untuk TVC ads dari dalam dan luar negara lebih banyak lagi untuk menampung Kos dalaman mereka, build up team yang berkaliber, team marketing yang kuat. Dengan Kos yang dapat cover semua dapatlah MPB dapat memperbaharui slot rancangan mereka terus.
Artikel sumbangan : Zher Tayron
Disunting oleh : Kos Serani
Comments
Post a Comment