GELARAN MISS GRAND KL 2019 MILIK KISHWENI JAGANATHAN

 Miss Grand Kuala Lumpur 2019 telah melabuhkan tirainya pada Sabtu lepas dengan menobatkan peserta paling muda pada musim ini iaitu Kishweni Jaganathan.Tempat kedua pula dimenangi oleh Chermaine Kang, tempat ketiga disandang oleh Anna Tan, manakala Rachel dan Ester James masing-masing mendapat tempat keempat dan kelima. Seramai 16 finalis yang layak ke pentas akhir yang berlangsung di Pacific Grand Hall, Evolve Concept Mall, Damansara. Selain mempertaruhkan paras rupa dan personaliti serta bakat, para finalis juga melaungkan advokasi masing-masing mengenai isu untuk menghapuskan Peperangan dan keganasan. kesemua finalis memberi pendapat masing-masing dengan bersemangat. Ada yang memperjuangkan isu buli dikalangan masyarakat, ada yang berkongsi pengalaman sendiri dan keluarga dengan penuh emosi membuat para tetamu turut merasa sedih. Selain melaungkan isu-isu yang ditampilkan, para finalis juga memberi solusi dan berjanji akan melaksanakan perjuangan jika terpilih sebagai pemenang. Pertandingan dibahagikan dengan beberap segmen antaranya acara pembukaan persembahan tarian dari kesemua finalis. Kemudian para finalis tampil dengan Bikini tajaan dari Bikini Malaysia ( Sasya Story ). Manakala pusingan akhir para finalis tampil anggun dengan Evening Gown tajaan khas dari Philippines iaitu Diseno De Marco ( Mark Anthony Villaflores ). Pastinya yang lebih menarik perhatian kesemua finalis beraksi dipentas memakai kasut tajaan jenama terkenal dunia yang diterbangkan khas dari Philippines iaitu label Jojo Bragais.

Jacqueline Liwanag Malabuyoc ( State Director Miss Grand KL ) semasa kata-kata alu-aluannya merasa begitu terharu dan mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang terlibat dari segi penajaan dan tenaga kerja. Beliau juga mengalu-alukan kepada orang ramai atau organisasi jika ingin memberi apa juga jenis sumbangan untuk Miss Grand KL akan datang. Sementara itu, Jude Benjamin Lisa ( National Director Miss Grand Malaysia ) semasa berucap mengumumkan pertandingan Miss Grand 2019 peringkat kebangsaan akan diadakan buat pertama kalinya di Borneo dan lokasi tahun ini di Miri, Sarawak. Jude juga menjelaskan selain TOP 2 setiap negeri akan layak ke final peringkat kebangsaan...akan ada juga seperti tahun lepas yang terpilih berdasarkan Wild Card. Pastinya ada 24 spot atau 24 orang finalis yang akan bertanding diperingkat kebangsaan pada bulan April nanti. 



 BARISAN TOP 5 DENGAN JAMBANGAN BUNGA TAJAAN DARI surprise2u.my OLEH CIK FARAH


 BARISAN YANG LAYAK KE TOP 10

 PERASAAN YANG BERBAUR GEMBIRA DAN TERHARU SEORANG RATU

 GAMBAR KENANGAN PARA PEMENANG BERSAMA PENGANJUR DAN PENAJA

 PESERTA YANG TAMPIL DENGAN BIKINI DAN PEMENANG UNTUK KATEGORI INI ADALAH CHERMAINE KANG









ARTIKEL : KOS SERANI
PHOTO OLEH : YUSRI IBRAHIM & QIF ALVAREZ

Comments

Popular posts from this blog

KISAH UNIK DAN SUKA DUKA MENGENAI CABARAN 10 TAHUN #10YEARSCHALLANGE

MAJLIS MAKAN MALAM MBMUAA KE 7 - THE GREAT GATSBY NIGHT

WAJAH-WAJAH MISTER GLOBAL MALAYSIA SEBELUM INI 2014-2018