PENTAS AKHIR MUSLIM MODEL SHOW 2018 @ PANGGUNG SARI, KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR
Pertandingan akhir Muslim Model Show 2018 baru sahaja melabuhkan tirainya semalam dengan menobatkan Izwani Salim sebagai Juara sekaligus menjadi Ikon MMS, manakala Bobby Dien sebagai naib Juara dan tempat ketiga disandang oleh Amirul. Seramai 10 peserta telah layak ke peringkat akhir dan dari 10 finalis... 6 dari mereka layak mara ke peringkat seterusnya dan selain tiga Top 3 tersebut, Ash Annas, Shah dan Zareeq turut layak ke TOP 6.
Acara dimulakan dengan Opening Act dari 10 finalis dengan persembahan tarian yang penuh bersemangat. Seterusnya acara diteruskan dengan penampilan 10 finalis yang memperagakan koleksi pakaian dari Karyaneka sekaligus pengenalan dari setiap seorang dari para finalis. Pusingan kedua pula hadirin dipersembahkan dengan persembahan bakat ( Talent Show ) dari dua finalis yang mendapat markah tertinggi kategori bakat iaitu Izwani Salim yang mempersembahkan monolog manakala Bobby Dien pula mempersembahkan sebuah lagu. Untuk kategori ini, Bobby Dien mendapat markah tertinggi sekaligus memenangi Subsidiary Title iaitu Best Talent. Pusingan akhir pula para finalis tampil dengan pakaian Elegent/Glamorous. Pada ketika ini,,,para peserta menyampaikan mesej dan hujah-hujah masing-masing berkaitan mesej yang mereka bawa sebagai seorang Ikon. Seterusnya pengumuman TOP 6 dan kemudiannya pengumuman TOP 3.
Semasa acara pembukaan, Penganjur iaitu saudara Raden Ahmad menjelaskan objektif beliau menganjurkan MMS yang telah masuk musim keempat ini adalah umtuk membuka peluang kepada para Belia untuk mengetengahkan bakat di dalam dunia peragaan khususnya dalam Fesyen Islamik. Selain itu mencari seorang Ikon fesyen Muslim/Muslimah yang mempunyai personaliti yang baik dan pengetahuan yang luas di dalam bidang fesyen Muslim/Muslimah serta peka pada isu-isu semasa. Pertandingan ini mendapat tajaan dari Zetty's Flower & Cafe, Kraftangan Malaysia, Karyaneka dan Miracle Touch.
WARTAWAN : KOS SERANI
JURUFOTO : QIF ALVAREZ
DEBARAN SEMASA MENANTI PENGUMUMAN JUARA
ANTARA FINALIS YANG MARA KE TOP 6
PUSINGAN PERTAMA FESYEN SHOW KOLEKSI KARYANEKA
ANTARA KOLEKSI MENARIK DARI KARYANEKA
REKAAN DARI BATIK KOLEKSI KARYANEKA MENCURI TUMPUAN HADIRIN
PENGUMUMAN DAN PENGENALAN 10 FINALIS
KEMUNCULAN HOST IAITU SHAH AHMAD DAN AMEERAH YANI, IKON MMS 2017
OPENING GAMBIT DARI 10 FINALIS
PERSEMBAHAN TARIAN YANG PENUH BERTENAGA
PENONTON TERPUKAU DENGAN PERSEMBAHAN PEMBUKAAN DARI FINALIS
ANTARA JURI JUDE BENJAMIN, SANJANA JOHN, RASTA RASHID, AZWAN AABAS, AZHAR ZAINAL DAN LAIN-LAIN LAGI
JURUFOTO : QIF ALVAREZ
Comments
Post a Comment