THE LOVE @ MATIC....HIMPUNAN MENU LAZAT DAN ISTIMEWA NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA
Tahukah anda...yang kini anda tidak perlu lagi terbang atau menjelajah ke seluruh negeri yang ada di Malaysia semata-mata untuk merasa menu atau masakkan istimewa disetiap negeri... kerana The Love @ Matic ibarat One Stop Place yang menawarkan pelbagai menu lazat dari 13 buah negeri. Restoran yang sebelum ini dikenali sebagai Saloma Bistro dan kemudiannya dikenali sebagai WOW KL, kini telah diberi nama sebagai THE LOVE @ MATIC. Bersempena dengan memperkenalkan nama baru dan memperkenalkan menu-menu yang ditawarkan...Team Media Sensasi Terkini dan para Media yang lain telah dijemput untuk majlis pelancarannya.
Tujuan STATE FOOD diperkenalkan adalah untuk memberi tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara untuk menikmati makanan-makanan tersohor dari seluruh pelusuk Negeri dibawah satu bumbung... dengan tidak terlepas merasa jika mereka terlepas melawat negeri yang lain. Juga buat penduduk tempatan yang rasa rindu dengan kampung halaman dan makanan tradisi negeri masing-masing.
Bermula 1 Mac 2019, The Love @ Matic akan menyajikan STATE FOOD, dimana 3 'Signature Dishers' dari setiap negeri akan dihidangkan termasuk sarapan pagi ( Breakfast ), Makan Tengahari ( Lunch ), Minum Petang ( Tea Time ) dan Makan Malam ( Dinner ).
ARTIKEL : KOS SERANI
PHOTO : QIF ALVAREZ
Comments
Post a Comment