BUFET RAMADAN BERTEMAKAN RAMADAN AL-MUBARAK DI HOTEL PREMIERA KUALA LUMPUR
Bersempena dengan ketibaan bulan Ramadan yang mulia ini, Hotel Premiera Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman telah menjemput para media untuk memperkenalkan Bufet Ramadan yang bertemakan Ramadan Al-Mubarak. Bufet Ramadan yang menyajikan pelbagai jenis hidangan ini terletak di aras 6, Dewan Utama Hotel Premiera Kuala Lumpur. Dewan ini boleh menempatkan 1,000 pengunjung untuk satu masa, disamping ruang tamu yang luas dan selesa serta dihias indah dengan dekorasi yang bertemakan Ramadan Al-Mubarak.
Menghimpunkan pelbagai hidangan, Ramadan kali ini berkeonsepkan 'Gerai" yang mengadunkan konsep asas makanan Melayu asli seperti Ayam Panggang Percik Madu, Sambal Udang Petai, Siput Sedut Masak Lemak Cili Api, disertakan dengan hidangan kontemporari yang menjadi hidangan sampingan yang pastinya menggoda selera. Selain daripada itu, hidangan goreng panas seperti Pisang, Keledek, Ubi dan lain-lain lagi turut dihidangkan.
Tidak lengkap hidangan jika tidak disertakan dengan Kambing Golek yang diperap dengan rempah istimewa dan dibakar secara tradisional menggunakan kayu arang bagi menjaga kualiti dan rasa istimewa daging kambing tersebut. Daging kambing yang dibakar dengan sempurna ini membuatkan dagingnya lembut dan empuk dengan aroma rempahnya yang membangkitkan selera. Aneka Pasta serta pilihan panggang ( BBQ ) termasuk Itik Panggang, Sotong, Potongan Ikan bersama sos Lemon Butter pastinya memercik deria rasa anda.
Apam Balik yang dimasak serta-merta dihadapan anda adalah antara pemanis mulut yang sering dinantikan dan tidak lupa juga tarikan utama Ramadan kali ini adalah Durian. Uniknya, sambil menikmati hidangan, para pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan kumpulan Uda Dara yang akan mengalunkan pelbagai irama setiap hari dari 6.30 petang hingga 10.00 malam. Harga yang ditawarkan adalah RM88 bersih untuk Dewasa dan RM40 bersih untuk kanak-Kanak. Bagi tempahan awal harha istimewa hanya RM70 bersih bermula hari ini sehingga 5 Mei 2019. Bagi yang berminat untuk bermalam, pakej bilik Ramadan juga disediakan hanya RM350 bersih untuk semalam beserta Sahur untuk 2 Orang dan Iftar untuk 2 orang. Untuk Tempahan Iftar atau bilik...sila hubungi 03-2615 1000 atau email: roshaina.haris@premeirahotel.com.my
Ramadan kali ini turut diserikan dengan Pameran Lukisan@Premeira yang bertemakan 'Wanita Inspirasiku' yang akan menghiasi ruang di Coffee House Aras 5 serta Cafe@Premiera Aras 1 yang telah bermula dari 1 April hingga 30 Jun 2019. Lukisan-lukisan tersebut juga dijual dengan harga yang sangat berpatutan bagi koleksi pengunjung yang berminat. Jadi...sementara menanti waktu berbuka, para pengunjung boleh menjamu mata dengan menikmati serta meneliti keindahan lukisan-lukisan tersebut.
ARTIKEL OLEH : FILOZ ANDY
PHOTO OLEH : QIF ALVAREZ & FILOZ ANDY

Poker online dengan presentase menang yang besar
ReplyDeleteayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :D
WA : +855969190856