SIDANG MEDIA LOOK OF PLUS SIZE 2019

Baru-baru ini telah berlangsung sidang media LOOK OF PLUS SIZE 2019 di Panggung Sari Kraftangan Malaysia. Pertandingan Ratu Cantik Plus Size ini adalah anjuran Azhar Zainal dan Xtravaganza Management. Majlis yang diacarakan oleh Wawi Cr ini turut diserikan oleh selebriti Vicha Saywho Maharaja Lawak sebagai Ikon Wanita Plus Size Malaysia dan juga jenama Look Of Plus Size Malaysia. Turut hadir sebagai tetamu khas pada majlis tersebut adalah Presiden BDA iaitu Bon Zainal dan juga Rasta Rashid serta Jude Benjamin Lisa.

Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang baik dimana lebih 20 peserta telah disenarai pendekkan. Majlis pada petang tersebut sekaligus memperkenalkan para finalis dan juga penyampaian Sash pada para peserta. Misi utama penganjuran pertandingan ini adalah bertujuan dimana Wanita harus dihormati dan diperkasakan melalui platform sebegini. 

Dalam ucapannya saudara Azhar Zainal berkata, "Diskriminasi seharusnya tidak wujud dan hak sama rata harus diberi pada semua Wanita tidak kira apa bentuk saiz tubuh mereka. Pertandingan Look Of Plus Size Malaysia ini bukan sahaja memberi laluan dalam bidang peragaan...tetapi juga menjadi langkah mengesan bakat insan bersaiz Plus untuk bidang Pengacaraan, Lakonan, Nyanyian, Wakil Produk, Tutorial dan lain-lain lagi" ujarnya. Malam GALA LOOKS OF PLUS SIZE 2019 akan berlangsung pada 27 April 2019 bertemakan Busana Warisan ( Batik & Songket ). - Terima kasih pada Pn.Sue Rahman, Ketua Publisiti dari srccpublicity #srccpublicity

ANTARA TETAMU KHAS PADA MAJLIS INI

WAWI CR SEBAGAI HOS PADA MAJLIS PETANG ITU

AZHAR ZAINAL, KHAI DAN MODEL-MODEL PLUS SAIZ

ANTARA SALAH SORANG PESERTA

VICHA SAYWHO YANG DIANGKAT SEBAGAI IKON WANITA PLUS SAIZ MALAYSIA


ARTIKEL OLEH : FILOZ ANDY
FOTO OLEH       : YUSRI IBRAHIM


Comments

  1. ada 8 permainan poker menarik di AJOQQ :D
    ayo segera bergabung dan dapatkan bonusnya :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KISAH UNIK DAN SUKA DUKA MENGENAI CABARAN 10 TAHUN #10YEARSCHALLANGE

MAJLIS MAKAN MALAM MBMUAA KE 7 - THE GREAT GATSBY NIGHT

WAJAH-WAJAH MISTER GLOBAL MALAYSIA SEBELUM INI 2014-2018