YB FAHMI FADZIL MELUANGKAN MASA KEMAJLIS PERKAHWINAN PENDUDUK LEMBAH PANTAI IAITU INTAN & SAFRIL

Ahli Parlimen Lembah Pantai iaitu YB Ahmad Fahmi B. Mohamed Fadzil begitu mesra rakyat dengan meluangkan masa memenuhi jemputan majlis perkahwinan penduduk Lembah Pantai. Pengantin yang bertuah itu adalah Intan Aina & Safril dimana majlis resepsi mereka berlangsung dengan meriahnya di Kelab Sultan Sulaiman, Kg.Baru pada 16 March 2019. Uniknya selain tetamu dihidangkan dengan juadah yang lazat, tetamu bertuah juga mendapat hadiah istimewa yang mana YB Fahmi adalah antara orang yang mencabut Hadiah Bertuah itu.

Sebelumnya, pada 15 Febuari Majlis Berinai telah diadakan sebulan sebelum itu dimana keluarga mempelai menjemput anak-anak dari Asrama Darul Falah (ASDAF) untuk bacaan doa selamat dan memeriahkan lagi majlis malam berinai tersebut. Turut hadir adalah penduduk sekitar dan rakan taulan. Intan Aina telah mengenaikan 4 persalinan antaranya busana Kurung Kedah, Korea, Jepun dan Hindi.Keesokkan harinya pula 16 Febuari 2019 Majlis Akad Nikah telah berlangsung di Pejabat Agama Islam Wilayah diikuti dengan jamuan makan dirumah pihak perempuan yang turut dihadiri sanak saudara dan rakan taulan. Majlis akad nikah berjalan dengan lancar dengan sekali lafaz sahaja.

Kemuncak majlis perkahwinan Intan Aina dan safril ini adalah disebelah pihak keluarga lelaki yang telah berlangsung pada 7 April 2019 dimana kedua mempelai telah diarak dan diiringi oleh konvoi motorsikal berkuasa besar dan selanjutnya majlis persandingan dan jamuan makan di Dewan Orang Ramai kampung Paya, jalan Raja Muda Musa, Kg.Baru, Kuala Lumpur. Pihak Media Sensasi Terkini mengucapkan tahniah dan semoga Jodoh berkekalan hingga ke jannah...Aamiin. Ikuti paparan majlis Intan Aina & Safril ini nanti dalam rancangan ASTANA IDAMAN di Pocket TV.

SEMASA FOTOGRAFI KHAS ( PRE-WEDDING )

PHOTO BOOTH YANG INDAH SEMASA MAJLIS RESEPSI PIHAK PEREMPUAN

PENGANTIN LELAKI DIIRINGI OLEH PENGAPIT LELAKI

PENGANTIN DIAPIT OLEH PENGIRING DENGAN MOTORSIKAL BERKUASA TINGGI

GAMBAR KENANGAN SEMASA MAJLIS RESEPSI PIHAK LELAKI

ANTARA TETAMU BERSAMA EMAK PENGANTIN PEREMPUAN

PENGANTIN PEREMPUAN MENYARUNG CINCIN PADA PENGANTIN LELAKI

PENGANTIN LELAKI PULA MENYARUNG CINCIN PADA PENGANTIN PEREMPUAN

BERSEDIA UNTUK MAJLIS NIKAH BERMULA

PENGANTIN LELAKI DIBERI TAKLIMAT SEBELUM MAJLIS NIKAH BERMULA

ANTARA HADIAH DARI PIHAK LELAKI

INTAN AINA DENGAN PERSALINAN PERTAMA DIMALAM BERINAI

ANAK-ANAK DARI ASRAMA DARUL FALAH

INTAN AINA DENGAN PERSALINAN JEPUN


INTAN AINA DENGA PERSALINAN KOREA

INTAN AINA DENGAN PERSALINAN HINDI

SAFRIL SEMASA MAJLIS BERINAI BERMULA

SEMPAT BERGAMBAR KENANGAN ANAK-ANAK ASDAF SEBELUM BACAAN DOA

ANTARA TETAMU WANITA...IAITU PENDUDUK SEKITAR

SALAH SEORANG PENDUDUK YANG SEMPAT DITEMURAMAH OLEH POCKET TV

YB FAHMI MENCABUT NOMBOR UNTUK CABUTAN BERTUAH

ANTARA POSE MANARIK PENGANTIN SEMASA FOTOGRAFI PRE-WEDDING

GAMBAR KENANGAN BERSAMA KELUARGA PIHAK LELAKI

SELAIN YB FAHMI SEBAGAI TETAMU VIP, KAK NUR JUGA DIJEMPUT SEBAGAI TETAMU KHAS.

ARTIKEL OLEH : FILOZ ANDY
PHOTO OLEH     : QIF ALVAREZ

Comments

  1. main poker dengan banyak penghasilan
    ayo segera hubungi kami
    WA : +855969190856

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KISAH UNIK DAN SUKA DUKA MENGENAI CABARAN 10 TAHUN #10YEARSCHALLANGE

WAJAH-WAJAH MISTER GLOBAL MALAYSIA SEBELUM INI 2014-2018

MAJLIS MAKAN MALAM MBMUAA KE 7 - THE GREAT GATSBY NIGHT