ARTIS DAN SELEBRITI MALAYSIA PRIHATIN DENGAN UJIAN YANG MENIMPA PEKERJA UTUSAN & KOSMO
Umum sedia maklum mengenai situasi getir dan masalah yang melanda pekerja di Utusan dan Kosmo. Sehubungan dengan itu, Pocket TV dan Sensasi TV merancang untuk mengadakan Pertunjukan Amal dimana kutipan yang terkumpul dari Hi-Tea Charity Show itu nanti akan diserahkan kepada persatuan yang mengendalikan kutipan amal untuk tabung Utusan dan Kosmo. Niat murni ini telah mendapat respond dari ramai artis dan juga Pereka Fesyen serta Pengusaha Butik. Antara artis yang akan turut serta dalam Pertunjukan Amal itu nanti adalah terdiri dari Penyanyi Era 70an, 80an, 90an, Era 2000 hingga yang terkini seperti Mac Ruhayu, Rozita Rohaizat, Ayu Damit, Azura Aziz, Datin Ramziela, Syafeek Ikhwan, Umar Uzair Zam Ryzam DAA4, Keena Prasista dan ramai lagi yang akan turut serta.
Selain dari artis-artis popular, Pereka Fesyen terkenal iaitu Calvin Thoo dan beberapa orang lagi akan membuat Fesyen Show serta membuat Jualan Amal dari koleksi pakaian masing-masing. Kebetulan Pocket TV bekerjasama dengan butik First Time Around milik Dato' Abdul Ghani Salleh akan menganjurkan TOWEL EXTRAVAGANZA @ BUSANA MARA pada 5, 6 & 7 September iaitu pada Khamis, Jumaat dan Sabtu bermula 10 pagi hingga 10 malam. Dato Abdul Ghani Salleh bercadang membuat Mini Konsert pada hari kemuncak iaitu 7 September di Premiera Hotel Kuala Lumpur bermula 3 petang hingga 5 Petang. Selain itu, setiap hari akan diadakan pelbagai aktiviti selama 3 hari Towel Extravaganza @ Busana MARA seperti Pre-Launching, Persembahan Artis, Meet & Greet serta Acara keagamaan ( Hari Jumaat ) dan yang pastinya acara Lelongan Tuala dengan harga sangat murah. Para pengunjung dan peminat artis dijemput datang ke Busana MARA pada majlis 3 hari itu nanti kerana ada Booth-booth jualan yang akan menjual pelbagai jenis produk. Pihak penganjur, First Time Around prihatin dengan keadaan pekerja Utusan dan Kosmo serta berharap dapat membantu sedikit melalui majlis itu nanti walaupun pada mulanya tidak ada dalam rancangan untuk mengumpul dana.
event di mana?
ReplyDelete