Posts

Showing posts from November, 2019

CHRISTINA LEWISKY & AMEEN ISA JUARA PENCARIAN IKON LT PRO MALAYSIA 2019

Image
  Semalam telah berlangsung pencarian Model & MUA yang telah disertai oleh 75 peserta lelaki dan wanita. Selain mempertandingkan kategori Model, hasil kerja Juru Solek juga turut dipertandingkan. Pertandingan yang membawa tema yang unik ini anjuran LT Pro Malaysia dengan kerjasama Abyakta Mandaka yang telah berlangsung dengan penuh meriah di pusat membeli-belah Wangsa Walk, Kuala Lumpur. Pertandingan berkonsepkan Photoshoot ini memerlukan peserta berposing bersama produk LT Pro di atas pentas utama dan berposing bebas di studio ekspress. Setiap peserta diperuntukan 6 minit untuk beraksi di dua bahagian iaitu di pentas dan studio serta sekali beraksi bersama MUA untuk peserta wanita. Jurusolek pula harus menata rias Model masing-masing menggunakan salah satu produk LT Pro. Tahniah Media Sensasi Terkini ucapkan pada pemenang dan peserta lain yang tidak berjayakerana anda telah buat yang terbaik dan mencabar diri. Syabas diucapkan pada penganjur kerana event ini sangat berjaya....

ARTIS-ARTIS DAN MODEL-MODEL BERGABUNG DI WANGSA WALK UNTUK PROJEK KEBAJIKAN

Image
 Para artis tempatan akan berkampung di pusat membeli belah Wangsa Walk pada 23 November iaitu sabtu ini demi menjayakan Program Kebajikan Bersama Artis bermula pukul 3 petang hingga pukul 7 malam. Program inidianjurkan oleh Abyakta Mandaka dan Sensasi TV bertujuan untuk mengumpul dana bagi anak-anak yatim dan salah seorang bekas wartawan. Pada hari tersebut akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti antaranya fesyen show dari rekaan Kos Serani dan dari butik First Time Around. Selain itu ada persembahan dari artis-artis dan paling istimewa Lelongan Amal pakaian Prelove dari para artis dan pereka fesyen Kos Serani yang mana pakaian yang dilelong antaranya pernah dipakai oleh artis poplar tanah air dan pernah diperagakan oleh para model semasa pertunjukan fesyen.    Antara artis yang terlibat dan bermurah hati adalah Ayu Damit, Azura Aziz, Rina EVA, Fairuz Hussein, Jaafar Onn, Reyhana Yunus, Salma Asis, Ery Zuhairy serta tiga orang artis cilik iaitu Shamsul Danish, Dami...

KONSERT MINGGU INI MISHA OMAR & AJAI SUNGGUH MENGUJAKAN.

Image
Tahniah atas usaha pihak RTM khususnya TV2 yang menerbitkan rancangan Konsert Minggu Ini dan Istimewa Lejen yang tidak jemu menyiarkan rancangan ini saban minggu kala stesen lain hanya menerbitkan rancangan realiti dan itupun bermusim dalam tempoh yang pendek. Satu usaha yang sangat baik demi merancakkan industri seni dan menyemarakkan lagi semangat artis-artis dan karyawan seni tanah air untuk terus aktif dan ianya menjadi medan karya seni mereka terus hidup dan subur. Begitu juga dengan kepelbagaian genre muzik yang ditampilkan memberi ruang pengkarya seni untuk terus bernafas. Konsert Minggu Ini contohnya bukan sahaja sebuah rancangan yang meriah tetapi juga berkualiti. Selepas beberapa konsert yang berjaya dan meriah sebelum ini, sekali lagi TV2 menyajikan Konsert Minggu Ini Misha Omar & Ajai terbitan Rashidah Ali atau lebih mesra dengan panggilan Shida. Konsert kali ini dapat menarik orang ramai datang berpusu memenuhi ruang Auditorium walaupun tumpuan ramai pada perla...

UJIBAKAT SELANGOR FASHION WEEK MENDAPAT SAMBUTAN RAMAI

Image
Sabtu dan Ahad lalu telah berlangsung ujibakat untuk Selangor Fashion Week bertempat di pusat membeli belah Fahrenheit 88, Bukit Bintang. Pusat membeli belah ini menjadi penaja lokasi bukan hanya untuk ujibakat, tetapi juga untuk Sidang Media dan juga Pertunjukan fesyen itu nanti. Ujibakat ini diadakan untuk memilih Model-Model yang bakal beraksi di pentas peragaan Selangor Fashion Week yang bakal berlangsung pada 30 November dan 1 December 2019. Pertunjukan fesyen ini adalah anjuran MMK dibawah teraju Dr.Jason Hee Pin dan Nicole Fe Lynne serta disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia untuk memeriahkan lagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2020. Antara Juri pada hari pertama adalah Eleen Young sebagai Ketua Juri, Ammetta Malhotra, Nik Anura, Deviyah, June Yap, Michelle Koong, Dragon & Dato Von Jolly. Manakala untuk ujibakat hari kedua barisan Juri terdiri daripada  Ammetta Malhotra sebagai Ketua Juri, Datin Maylene, Deviyah, Trincy, Dragon, Bon Zainal dan...