ARTIS-ARTIS DAN MODEL-MODEL BERGABUNG DI WANGSA WALK UNTUK PROJEK KEBAJIKAN
Para artis tempatan akan berkampung di pusat membeli belah Wangsa Walk pada 23 November iaitu sabtu ini demi menjayakan Program Kebajikan Bersama Artis bermula pukul 3 petang hingga pukul 7 malam. Program inidianjurkan oleh Abyakta Mandaka dan Sensasi TV bertujuan untuk mengumpul dana bagi anak-anak yatim dan salah seorang bekas wartawan. Pada hari tersebut akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti antaranya fesyen show dari rekaan Kos Serani dan dari butik First Time Around. Selain itu ada persembahan dari artis-artis dan paling istimewa Lelongan Amal pakaian Prelove dari para artis dan pereka fesyen Kos Serani yang mana pakaian yang dilelong antaranya pernah dipakai oleh artis poplar tanah air dan pernah diperagakan oleh para model semasa pertunjukan fesyen.
Antara artis yang terlibat dan bermurah hati adalah Ayu Damit, Azura Aziz, Rina EVA, Fairuz Hussein, Jaafar Onn, Reyhana Yunus, Salma Asis, Ery Zuhairy serta tiga orang artis cilik iaitu Shamsul Danish, Damia dan Danisha Batrisha. Selain itu beberapa orang artis ada membuka Booth Jualan selama dua hari berhampiran pentas di Wangsa Walk tersebut iaitu pada 23 dan 24 Nov bermula 10 pagi hingga 10 malam. Orang ramai dijemput datang dan masuk adalah percuma. Inilah peluang anda untuk bertemu artis kesayangan anda untuk bergambar bersama juga berhibur sambil beramal. Sebahagian dari kutipan pada hari tersebut akan disalurkan untuk kebajikan. Antara penaja yang terlibat menaja dari pelbagai segi seperti penaja lokasi, solekan, pakaian dan dandanan serta barangan produk adalah Wangsa Walk Shopping Mall, MCL Land, Butik First Time Around, Shahzanies, Hijab Exckusive, Amazing Splendid, Ilham Cinta dan DHIA Body Mist.
REYHANA YUNUS YANG TERKENAL KELAHIRAN BINTANG RTM DAN ONE IN A MILLION
PENAMPILAN KHAS DIPENTAS PERAGAAN NANTI IAITU CHRIST CHAN PEMENANG MISTER GLOBAL MALAYSIA 2019 DAN PELAKON CILIK & PENYANYI ADIK SHAMSUL DANISH.
EMPAT ORANG PESERTA PAGEANT YANG AKAN BERAKSI DI FESYEN SHOW
ANTARA MODEL-MODEL YANG AKAN BERAKSI
SELAIN TALENT...ADA JUGA SELEBRITI YANG AKAN BERAKSI DI FESYEN SHOW ITU NANTI
Comments
Post a Comment