UJIBAKAT SELANGOR FASHION WEEK MENDAPAT SAMBUTAN RAMAI
Sabtu dan Ahad lalu telah berlangsung ujibakat untuk Selangor Fashion Week bertempat di pusat membeli belah Fahrenheit 88, Bukit Bintang. Pusat membeli belah ini menjadi penaja lokasi bukan hanya untuk ujibakat, tetapi juga untuk Sidang Media dan juga Pertunjukan fesyen itu nanti. Ujibakat ini diadakan untuk memilih Model-Model yang bakal beraksi di pentas peragaan Selangor Fashion Week yang bakal berlangsung pada 30 November dan 1 December 2019. Pertunjukan fesyen ini adalah anjuran MMK dibawah teraju Dr.Jason Hee Pin dan Nicole Fe Lynne serta disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia untuk memeriahkan lagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2020. Antara Juri pada hari pertama adalah Eleen Young sebagai Ketua Juri, Ammetta Malhotra, Nik Anura, Deviyah, June Yap, Michelle Koong, Dragon & Dato Von Jolly. Manakala untuk ujibakat hari kedua barisan Juri terdiri daripada Ammetta Malhotra sebagai Ketua Juri, Datin Maylene, Deviyah, Trincy, Dragon, Bon Zainal dan Adelyn.
Dr.Jason Hee Pin merasa sangat gembira dengan sambutan yang datang menghadiri ujibakat selama 2 hari tersebut dimana hampir 300 yang hadir untuk mencuba nasib dimana hari kedua, para panel yang terlibat terpaksa menambah waktu ujibakat. Menariknya ujibakat ini dihadiri oleh pelbilang bangsa anataranya Melayu, Cina, India dan warga asing. Sidang Media untuk Selangor Fashion Week akan berlangsung pada hari rabu ini 6 November juga di lokasi yang sama, pusat membeli belah Fahrenheit 88. Dijangka pertunjukan fesyen ini nanti akan mearik ramai hadirin kerana ianya berlokasi ditempat yang strategik yang mana mudah untuk semua datang.
ANTARA MODEL LELAKI YANG HADIR
ANTARA MODEL WANITA YANG MENCUBA NASIB
ADA YANG PERNAH MENJADI FINALIS BEBERAPA PAGEANT
ANTARA MODEL KANAK-KANAK YANG HADIR
MENARIKKERANA PARA PESERTA BERBILANG BANGSA
ADA JUGA PESERTA YANG BARU MENCUBA DAN ADA JUGA MODEL PRO
PARA JURI YANG SIBUK MEMBUAT PENILAIAN
RUANG PENDAFTARAN YANG SENTIASA PENUH
Comments
Post a Comment