KEDAI EMAS SRI SEMANTAN LEBARKAN SAYAP RASMIKAN CAWANGAN KE-21 DI NILAI, UTAMAKAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT TENTANG KESTABILAN EMAS DAN DIDIK MASYARAKAT CELIK EMAS.
9 OGOS 2026, NILAI, NEGERI SEMBILAN – Kedai Emas Sri Semantan (KESS) secara rasmi telah membuka cawangan ke-21 mereka di Nilai hari ini, sekaligus menandakan satu lagi pencapaian penting dalam sejarah perkembangan perniagaan syarikat berkenaan. Majlis pelancaran dan perasmian tersebut dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi KESS, rakan strategik, kakitangan setia, serta para tetamu kehormat. Pengerusi Eksekutif Kedai Emas Sri Semantan Sdn. Bhd, Mohamad Hafizal Hj. Mahmood dalam ucapan perasmiannya melahirkan rasa syukur dan terharu atas pembukaan cawangan baharu itu yang disifatkan sebagai penuh bermakna. Menurut beliau, kejayaan ini adalah hasil daripada doa, usaha berterusan, kesabaran, serta keyakinan yang tidak pernah pudar daripada semua pihak yang terlibat. "Sesungguhnya, apa yang kita saksikan hari ini bukanlah sekadar pembukaan sebuah kedai. Ia adalah simbol perjuangan, simbol kepercayaan, dan simbol harapan," katanya ketika berucap pada maj...



Comments
Post a Comment