HARI USAHAWAN NEGARA 2025, PAMERAN PERINGKAT NASIONAL DAN BERSKALA ANTARABANGSA UNTUK PENIAGA DAN PELBAGAI HADIAH SERTA TAWARAN ISTIMEWA MENANTI PENGUNJUNG.

Pastinya peluang terbaik ini tidak harus di lepaskan, bukan sahaja untuk para pengunjung, tetapi juga para Usahawan tidak kira Usahawan kecil ataupun Usahawan Sederhana, dan Besar. Kerana di sinilah medan terbaik untuk para Usahawan memperkenalkan produk mereka di peringkat Nasional dan Antarabangsa. 
Akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil dari 11 September hingga 16 September 2025.

Bertemakan “Usahawan Nadi Negara”, HUN 2025 akan menghimpunkan lebih 1,000 lot pameran daripada usahawan tempatan dan antarabangsa, termasuk penyertaan delegasi perniagaan dari China, Vietnam, Thailand, Pakistan, Indonesia serta beberapa negara Timur Tengah.

Presiden DPUM, Datuk Seri Abu Hasan Mohd Nor, berkata penganjuran tahun ini istimewa kerana buat pertama kalinya ia diadakan secara gabungan lokal dan antarabangsa. Acara ini akan menampilkan pelbagai zon pameran – daripada peniaga kecil seperti warung, usahawan PKS, hingga syarikat eksport-import antarabangsa.

“Hari Usahawan Negara ini unik kerana ia memberi peluang sama rata kepada semua – daripada peniaga kecil sehinggalah pengusaha besar bertaraf global. Inilah platform terbaik untuk membina jaringan, mempamerkan produk, dan membuka peluang eksport,” kata beliau.

Antara tarikan utama acara selama enam hari ini termasuk:

✓ Ekspo jualan & pameran produk dalam dan luar negara.
✓Jualan Agro Madani dari ladang FAMA.
✓Forum & simposium keusahawanan antarabangsa.

✓Cabutan bertuah hadiah utama basikal lipat Brighton bernilai RM28,000 untuk peserta berbasikal 25km.
✓ Fun Run Hari Malaysia dan pelbagai acara sukan rakyat.
✓ Persembahan artis popular tempatan dibawakan oleh rakan strategik ANJUNGKU Malaysia.
✓ Pinjaman tanpa faedah bawah RM20,000 dari MARA tanpa penjamin.
✓ Diskaun 50% bayaran saman trafik sepanjang program.

Datuk Seri Abu Hasan turut mendedahkan bahawa penyertaan dari China sahaja merangkumi sekitar 200 lot pameran, manakala FAMA akan menyertakan 40 lot jualan hasil tani. Sasaran pengunjung kali ini adalah 500,000 orang berbanding hanya 10,000 orang pada penganjuran terdahulu semasa pandemik COVID-19.

“Kita mahu acara ini dijadikan acara tahunan rasmi negara, sama seperti Hari Guru atau Hari Tentera. Usahawan adalah nadi penggerak ekonomi dan wajar diraikan,” tambahnya.

Orang ramai dijemput hadir untuk menikmati tawaran harga kilang, peluang perniagaan, dan aktiviti menarik yang bakal memeriahkan suasana sempena sambutan Hari Malaysia.







Comments

Popular posts from this blog

KISAH UNIK DAN SUKA DUKA MENGENAI CABARAN 10 TAHUN #10YEARSCHALLANGE

MAJLIS MAKAN MALAM MBMUAA KE 7 - THE GREAT GATSBY NIGHT

WAJAH-WAJAH MISTER GLOBAL MALAYSIA SEBELUM INI 2014-2018