MALAM AMAL LEGENDS DI MITEC, MELAKA
BARISAN ARTIS LAGENDA DI MALAM AMAL ‘LEGENDS’ KARYAWAN KUMPUL DANA BANTU ARTIS.
KUALA LUMPUR, 23 SEPTEMBER 2025 – Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) dengan sukacitanya mengumumkan penganjuran Majlis Makan Malam Amal “Legends” yang bakal menghimpunkan bintang lagenda muzik tanah air demi misi kebajikan. Acara penuh nostalgia ini akan diadakan pada Sabtu, 1 November 2025, jam 8.00 malam di Melaka International Convention Centre (MITC).
Malam Amal “Legends” ini bakal menampilkan persembahan eksklusif daripada barisan artis ternama termasuk Sweet Charity, Kopratasa, Dato’ Khatijah Ibrahim, Ito Blues Gang, Datuk Andre Goh, S. Mariam, dan Helen Vellu. Majlis ini bukan sahaja meraikan sumbangan besar mereka kepada industri seni, tetapi juga bertujuan untuk mengumpul dana bagi menyalurkan bantuan terus kepada artis veteran yang uzur dan memerlukan sokongan.
Penaja meja bagi pakej Platinum dan Berlian akan mendapat kelebihan tambahan berupa ruang pameran eksklusif di lobi MITC untuk mempromosikan produk mereka. Bagi menjayakan misi mulia ini, KARYAWAN mempelawa syarikat-syarikat korporat dan individu untuk menaja meja mengikut pakej yang ditawarkan:
● Berlian - RM100,000
■ Platinum - RM50,000
● Emas - RM10,000
■ Perak - RM5,000
● Meja Biasa - RM3,000
Untuk Keterangan Lanjut sila Hubungi:
📞 Dato’ Freddie Fernandez: 012-207 1400
✉️ E-mel: fredez2009@gmail.com
#MakanMalamAmalLegends #PersatuanKaryawanMalaysia #KumpulDana #BantuArtisVeteran #SweetCharity #Kopratasa #DatoKhatijahIbrahim #ItoBluesGang #DatukAndreGoh #SMariam #HelenVelu #MITC #SeriPacificHotelKL #SidangMedia
Comments
Post a Comment