WIRA DAN MANJA MENYEMARAKKAN SEMANGAT TAHUN MELAWAT MALAYSIA MELALUI IKONIK DI KUALA LUMPUR TOWER.
KUALA LUMPUR, 16 Januari 2026 - Semangat Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY2026) disemarakkan hari ini apabila ribuan pengunjung membanjiri Kuala Lumpur Tower sempena penganjuran Meneroka Malaysia Bersama Wira dan Manja, salah satu program menjelang kempen pelancongan nasional tersebut.
Menampilkan Maskot rasmi Tahun Melawat Malaysia 2026, Wira dan Manja, program ini berfungsi sebagai platfom strategik untuk menterjemahkan aspirasi pelancongan negara ke dalam pengalaman fizikal yang bersifat inklusif dan berteraskan rakyat. Kehadiran pengunjung tempatan serta pelancing antarabangsa yang berinteraksi secara langsung dengan Maskot, memcerminkan keberkesanan pendekatan penglibatan pengunjung dalam menghidupkan identiti Pelancongan Malaysia.
Berlatar belakangkan panorama Bandaraya, Kuala Lumpur Tower berperanan sebagai mercu tanda nasional yang bukan sahaja berperanan sebagai tarikan pelancongan, malah sebagai pentas berperanan sebagai penceritaan strategik yang menghubungkan dasar pelancongan negara dengan pengalaman sebenar dilapangan.
Wakil Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan iaitu Baizuri Baharum, Pengarah Bahagian Promosi Antarabangsa (Asia Tenggara) bergambar bersama pihak Pengurusan LSH Service Master Sdn. Bhd. untuk Kuala Lumpur Tower.
Hab strategik pelancongan Tahun Melawat Malaysia 2026, berlangsung dari 16 hingga 18 Januari 2026, Meneroka Malaysia Bersama Wira dan Manja mentransfomasikan Kuala Lumpur Tower menjadi hab pelancongan berasaskan pengalaman (Experiential Tourism Hub), selari dengan keperluan lengkap promosi pelancongan semasa yang menekankan penglibatan emosi, interaksi dan perkongsian pengalaman secara organik.
Tarikan utama program ini ialah Pameran 100 Maskot yang menampilkan 100 Patung Wira dan Manja bersaiz sebenar yang dipamerkan di Tower Terrace, Observation Deck dan Sky Terrace. Pameran ini menerima sambutan menggalakkan apabila Pengunjung berhenti untuk bergambar, berinteraksi, serta berkongsi pengalaman mereka di platfom digital, sekaligus memperluaskan jangkauan mesej Tahun Melawat Malaysia 2026, melalui kehadiran para Pengunjung.
Comments
Post a Comment