Nisa Bakri Gourmet X O'Briens
Paduan Ramuan Timur Tengah dan Antarabangsa, Kabsa Shepherd Pie, Resepi Makanan Sihat Oleh Chef Puan Sri Nisa Bakri, Dari Nisa Bakri Gourmet Untuk 27 Cawangan O'Briens Cafe Seluruh Malaysia.
O'Briens dan Nisa Bakri Gourmet mengumumkan kerjasama bersejarah. Satu majlis pelancaran bersempena ulang tahun ke-20 O'briens yang telah berlangsung di O'Briens Cafe cawangan Wisma OCBC, Kuala Lumpur.
Dengan memasuki pasaran baharu, membangun bersama edisi terhad, Nisa Bakri Gourmet telah mengambil peluang besar ini dengan memanfaatkan kepakaran Chef Puan Sri Nisa Bakri menampilkan menu sihat Shepherd Pie dengan menambah rempah Kabsa sebagai salah satu ramuan, untuk memberi satu pengalaman rasa yang mengujakan buat Pelanggan di O'Briens Cafe.
Menurut Encik Brian Pua, kerjasama ini terhasil atas 'TRUST' kerana selama mengenali Chef Puan Sri Nisa Bakri, beliau percaya pada kejujuran dan bakat Kulinari Chef Puan Sri Nisa Bakri. Beliau percaya Nisa Bakri Gourmet dapat menyediakan menu yang sihat dan berkualiti Setara dengan konsep O'Briens.
Bagi Chef Puan Sri Nisa Bakri pula, peluang dan kerjasama ini sangat mencabar zon selesa beliau. Namun beliau mengambil peluang ini untuk menyampaikan menu santapan yang sihat bagai air tangan emak-emak, tetapi dengan rasa dan nilai eksklusif untuk pelanggan dan komuniti.
Dengan nada terharu, Chef Puan Sri Nisa Bakri berkongsi pengalaman sedih, apabila idea dan usahanya untuk bekerjasama dengan beberapa syarikat tidak mendapat persetujuan. Namun beliau tidak patah semangat, malah menjadikan penolakan tersebut sebagai pembakar semangat.
Itulah sebabnya Chef Puan Sri Nisa Bakri tidak melepaskan peluang keemasan bekerjasama dengan O'Briens dan memberikan yang terbaik dari segi rasa dan kualiti, setaraf dengan konsep dan kualiti O'Briens.
Turut hadir hadir Ketua Pegawai Eksekutif O’Briens, Brian Pua, Duta Ireland ke Malaysia, Orla Tunney, Ketua Pegawai Operasi OCBC Bank, Chong Lee Ying serta Duta O'briens iaitu penyanyi Winnie K dan pelari menara nombor satu dunia, Soh Wei Ching.
Comments
Post a Comment