EMAS BUKAN SEKADAR PERHIASAN : KEDAI EMAS SRI SEMANTAN AJAK RAKYAT MALAYSIA, BINA 'PERISAI KEWANGAN' MELALUI SIMPANAN EMAS.

23 OGOS 2026, KUALA LUMPUR – Kedai Emas Sri Semantan (KESS) terus mengukuhkan dominasinya dalam industri barangan kemas tempatan dengan pelancaran cawangan ke-23 di Wangsa Maju. Langkah strategik ini membuktikan komitmen tinggi syarikat dalam membawa akses simpanan emas lebih dekat kepada masyarakat setempat.
Melangkah gagah ke separuh kedua tahun 2026 dengan prestasi cemerlang, Pengasas merangkap Pengerusi Eksekutif Kedai Emas Sri Semantan, Mohamad Hafizal Bin Haji Mahmood, optimis momentum ini akan berterusan. Beliau menyasarkan sekurang-kurangnya 30 cawangan bakal beroperasi di seluruh negara menjelang penghujung tahun ini. Menurut Mohamad Hafizal, emas kini bukan lagi sekadar perhiasan estetik semata-mata."Di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi moden, emas berfungsi sebagai pelindung nilai harta yang sangat berkesan dan patuh syariah. Kita dapat melihat kesedaran masyarakat yang semakin melonjak tinggi terhadap simpanan emas—sama ada untuk diversifikasi aset, pelaburan jangka panjang, dana pendidikan, mahupun sebagai tabung kecemasan yang mudah dicairkan saat mendesak," jelas Pelopor 'Syurga Emas Preloved No.1' ini.
Dalam usaha memacu ekonomi rakyat Malaysia khususnya golongan Bumiputera, Mohamad Hafizal menegaskan tekad KESS untuk memahat jenama mereka sebagai 'Syurga Emas Preloved Nombor Satu di Malaysia'. Bukan sekadar 'Tagline' tapi ianya disokong penuh dengan penawaran produk premium berkualiti tinggi serta mutu perkhidmatan pelanggan yang tiada tandingan.
Mengulas lanjut, beliau menzahirkan rasa terharu dan penghargaan tidak terhingga kepada seluruh warga kerja, ahli, serta pelanggan setia. Kepercayaan padu yang diberikan sejak hari pertama menjadi tonggak utama KESS mampu berdiri teguh sehingga ke hari ini. Beliau turut menyeru orang ramai untuk terus menyebarkan kesedaran tentang kepentingan pelaburan emas demi kestabilan kewangan masa hadapan.
Sempena majlis perasmian tersebut, turut menyaksikan detik bersejarah menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) antara Pertubuhan Ibu Bapa Anak-Anak Istimewa Malaysia (PRISMA) dan KESS. Kerjasama strategik ini bertujuan meluncurkan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi membantu keluarga dan anak-anak istimewa di seluruh negara.
Di bawah perjanjian selama tiga tahun ini, PRISMA yang diasaskan oleh Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri akan bertindak menyelaraskan program, mengenal pasti penerima bantuan, dan menyediakan laporan impak. Manakala KESS pula komited menyalurkan dana serta sokongan strategik sepenuhnya. Sinergi murni ini sekaligus menyokong agenda masyarakat inklusif yang sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI. MOU tersebut ditandatangani bersama oleh Mohamad Hafizal Bin Haji Mahmood bagi pihak KESS, dan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri mewakili PRISMA.

Comments

Popular posts from this blog

KEDAI EMAS SRI SEMANTAN LEBARKAN SAYAP RASMIKAN CAWANGAN KE-21 DI NILAI, UTAMAKAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT TENTANG KESTABILAN EMAS DAN DIDIK MASYARAKAT CELIK EMAS.

DUA JUARA DARI SEMPORNA, SABAH DI PENCARIAN 'AKU MODEL KRAF' SEMPENA ASEAN ARTS & CRAFTS BAZAAR

KISAH UNIK DAN SUKA DUKA MENGENAI CABARAN 10 TAHUN #10YEARSCHALLANGE